Options
Signifikan Kitab Arbau'n Hadithan Fi Ishtina' Al-Ma'ruf Bayna Al-Muslimin oleh Imam Al-Mundhiri Dalam Menggalakkan Melakukan Kebajikan Sesama Manusia: Satu Kajian
Date Issued
2022
Abstract
Kitab Arba’un Hadithan fi Ishtina’ al-Ma’ruf Bayna al-Muslimin merupakan kitab hadis berbentuk hadis empat puluh yang pertama dikarang berkaitan kelebihan melakukan kebajikan kepada sesama manusia. Ia adalah antara karya Imam ‘Abd al-‘Adhim bin ‘Abd al-Qawiyy al-Mundhiri (w656H) yang bermaksud ia dihasilkan sekitar kurun ketujuh hijrah lagi. Kitab ini telah mendapat perhatian Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Maghribi yang telah menerbitkannya pada tahun 1985. Dalam kitab ini, Imam al-Mundhiri telah menghimpunkan empat puluh hadis tentang kelebihan melakukan kebaikan kepada sesama manusia daripada pelbagai kitab hadis klasik. Namun begitu, pengarang kitab ini, iaitu al-Hafiz al-Mundhri tidak menyatakan mukadimah, sanad hadis, sumber-sumber ambilan hadis-hadis malah apa-apa keterangan berkaitan hadis-hadis yang dipilih. Setelah beliau, Imam Muhammad bin Ibrahim al-Sulami al-Munawi (w803H) telah menambah baik kitab tersebut dengan menambahkan maklumat sumber-sumber ambilan hadis, menyatakan beberapa hadis yang menguatkan hadis-hadis yang terdapat dalamnya serta mensyarah hadis-hadisnya. Kemudian kitab ini diringkaskan oleh Muhammad bin Makhluf alTha’alabi (w875H). Meskipun Imam al-Mundhiri merupakan seorang ulama hadis begitu juga Imam al-Sulami dan al-Tha’alabi, namun hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab ini didapati tidak semuanya sahih. Malah Imam al-Sulami dan al-Tha’alabi juga didapati tidak banyak memberi komentar terhadap status hadis-hadisnya. Kertas kerja ini cuba mengupas tentang status kesahihan hadis-hadis yang terdapat dalam kitab ini serta menonjolkan signifikan kitab ini dalam menggalakkan aktiviti melakukan kebajikan kepada orang yang sedang dalam kesusahan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Signifikan Kitab Arbau'n Hadithan Fi Ishtina' Al-Ma'ruf Bayna Al-Muslimin oleh Imam Al-Mundhiri Dalam Menggalakkan Melakukan Kebajikan Sesama Manusia Satu Kajian.pdf
Size
605.42 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):334f8f7df95f8216ae009a432f622b98