Publication: Apakah Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT) Reka Bentuk Dan Aplikasinya Dalam Pengkaryaan Seni Visual
Loading...
Date
2021
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
Abstract
Pengenalan- Lakaran sebagai asas penjanaan idea, boleh digunakan sebagai medium
komunikasi untuk menyampaikan maklumat. Dalam konteks seni visual, lakaran
digunakan sebagai idea awal untuk mencipta idea yang lebih kreatif, kritis supaya
mempunyai kualiti estetik dan menepati aspek pengkaryaan yang bersesuaian. Namun
demikian, kekurangan kemahiran dan kefahaman dalam pengkaryaan menyebabkan ia
sukar mencapai aras tinggi.
Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasi Kemahiran
Melakar Aras Tingi (KMAT) dalam pengkaryaan seni visual.
Methodologi –Satu kajian kes kualitatif dijalankan melibatkan temu bual separa
berstruktur dengan tiga orang pakar Seni Visual, dua guru dan empat orang murid sekolah
menengah. Kajian ini juga menggunakan kaedah pengumpulan dokumen hasil karya murid
semasa mengaplikasi KMAT dalam kalangan murid. Data kajian dianalisis secara analisis
templet.
Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh langkah penting untuk mencapai
KMAT iaitu kefahaman menyeluruh tentang aspek perekaan melibatkan peniruan imej
100%, melakar berdasarkan olahan bentuk asas, menggunakan pelbagai bahan dan media,
kefahaman kadar banding dan komposisi, melakar dengan perspektif, menzahirkan idea
dengan cara tersendiri dan seterusnya lancar mengaitkan isu, tema dan budaya dalam
lakaran. Walau bagaimanapun, kejayaan pencapaian KMAT bergantung kepada kaedah
pelaksanaannya, kefahaman asas seni reka, disertai dengan minat dan bakat murid yang
mendalam.
Kepentingan – Reka bentuk KMAT sesuai digunakan oleh murid sekolah menengah dan
guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual.
KMAT juga boleh digunakan secara meluas oleh golongan yang berminat dalam
pengkaryaan seperti pelukis atau pereka supaya dapat melatih pemikiran, melahirkan idea
yang kritis dan kreatif dan meningkatkan kualiti penciptaan dalam pelbagai bidang sejajar
dengan konteks revolusi Industri 4.0.
Description
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani
11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian)
Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia
Keywords
Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT), Seni Visual, Unsur seni dan Prinsip rekaan.