Publication:
COVID-19: Perspektif Psikospiritual Islam bagi Pelajar

dc.contributor.authorAisyah Najibah Ahmad Najmee,en_US
dc.contributor.authorAdriana Qistina Tan,en_US
dc.contributor.authorAdib Fahmy Awang,en_US
dc.contributor.authorNor Raihan Zulkeflyen_US
dc.contributor.authorNurulhuda Mat Hassanen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T03:39:56Z
dc.date.available2024-05-30T03:39:56Z
dc.date.issued2021-02-18
dc.descriptionJunior Researcher International Conference (iJURECON) Kolej Genius Insan (KGI) 17 dan 18 November 2020 Pages : 302-306en_US
dc.description.abstractImpak COVID-19 sangat besar kepada seluruh masyarakat termasuk kepada para pelajar. Pelajar-pelajar terpaksa menghadapi perintah pengawalan pergerakan dan apabila kembali ke sekolah, menghadapi pelbagai adaptasi pembelajaran dan prosedur kendalian standard. Penyebaran pandangan Islam terutamanya daripada perspektif psikospiritual penting kerana berpotensi menguatkan semangat para pelajar menghadapi keadaan mencabar ini. Dengan itu, satu tinjauan naratif tentang perspektif psikospiritual Islam berkenaan COVID-19 telah dilakukan melalui carian artikel di internet.COVID-19 merupakan penyakit yang disebabkan sindrom pernafasan coronavirus-2(SARS-CoV-2) yang dikenalpasti pada Disember 2019 di Wuhan, China. Kini, ia tersebar secara global melibatkan 215 negara dan mengakibatkan lebih sejuta kematian. Di Malaysia, pengawalan wabak ini amat mencabar dimana melibatkan penutupan sekolah dan pelbagai sekatan di sekolah-sekolah berasrama. Impak COVID-19 ini berpotensi menyebabkan kebimbangan dalam kalangan pelajar. Dalam Islam, wabak penyakit perlu dilihat sebagai ujian daripada Allah. Ia boleh jadi disebabkan kelakuan manusia tanpa kita sedari, sehingga Allah memberi peringatan kepada kita. Anjuran Islam menghadapi wabak ini adalah dengan mengkuarantinkan pesakit-pesakit, bersikap sabar, tidak keluar daripada kawasan wabak, serta mengharapkan keredhaan dan ganjaran daripada Allah. Pelajar boleh melakukan amalan psikospiritual seperti solat pada waktunya, berzikir dan berdoa memohon perlindungan Allah. Pelajar perlu mengamalkan saranan kebersihan yang amat dianjurkan oleh Islam. Menimba ilmu dan mendapatkan maklumat yang sahih juga tuntutan dan tugas seorang pelajar. Bertafakur serta melihat wabak ini sebagai sesuatu yang mengingatkan kita kepada kekuasaan dan ketentuanNya dapat meningkatkan keimanan sehingga dirasakan ketenangan dan pengharapan hanya kepadaNya. Kesimpulannya, terdapat banyak saranan psikospiritual Islam kepada pelajar yang dapat membantu adaptasi pelajar menghadapi wabak ini.en_US
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16397
dc.language.isoenen_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferenceiJURECON (KOLEJ GENIUS INSAN)en_US
dc.subjectCOVID19,en_US
dc.subjectperspektif Islam,en_US
dc.subjectpsikospiritual,en_US
dc.subjectpelajaren_US
dc.titleCOVID-19: Perspektif Psikospiritual Islam bagi Pelajaren_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
COVID-19 - Perspektif Psikospiritual Islam bagi Pelajar.pdf
Size:
1.09 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
COVID-19: Perspektif Psikospiritual Islam bagi Pelajar
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections