Publication: Tinjauan Awal Aplikasi Maqasid Al-Quran Dalam Penjagaan Kesihatan Berasaskan Pemakanan
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Kajian mengenai konsep dan aplikasi Maqasid al-Quran semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji ilmu tafsir pada masa ini. Kajian tentang Maqasid al-Quran bertujuan agar umat Islam memahami intipati dan tujuan sebenar al-Quran diturunkan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt serta dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Namun, aplikasi Maqasid al-Quran dalam isu kontemporari masih perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Seiring dengan keperluan manusia yang semakin kompleks di era ini, kajian Maqasid al-Quran adalah jawapan kepada permasalahan semasa dari segenap aspek kehidupan manusia seperti isu kesihatan umpamanya. Realitinya, tahap kesihatan manusia pada abad ini semakin menggusarkan apabila statistik penyakit tidak berjangkit seperti kanser, diabetes, serangan jantung, obesiti dan lain-lain semakin meningkat berpunca daripada gaya hidup masyarakat moden 77yang tidak seimbang khususnya dalam pengambilan makanan. Lebih memburukkan keadaaan apabila industri pemakanan berkembang pesat dengan penghasilan pelbagai jenis makanan tidak sihat. Ironinya al-Quran banyak mengupas aspek kesihatan berasaskan pemakanan dalam pelbagai dimensi yang seharusnya diketengahkan kepada masyarakat umum serta menjawab keperluan semasa pelbagai isu. Justeru, kertas kerja ini akan melakukan tinjauan umum bagi mengupas aplikasi Maqasid al-Quran dalam penjagaan kesihatan berasaskan pemakanan sebagai panduan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Sebagai khalifah Allah, tubuh badan yang sihat adalah aset utama bagi melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan di mana ayat al-Quran yang berkaitan pemakanan akan dikenalpasti dan dianalisis makna dan konteksnya menggunakan kitab tafsir muktabar. Kajian ini dilihat signifikan dalam membina pendekatan baharu penjagaan kesihatan berasaskan pemakanan berdasarkan Maqasid al-Quran.
Description
PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol
4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Keywords
Maqasid al-Quran, kesihatan, makanan, pemakanan, nutrigenomik.
Citation
Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.