Options
Persepsi Pelajar Fpqs terhadap Keberkesanan Dakwah menerusi Lirik Nasyid Kontemporari
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Wan Nur Huda Binti Wan Setapa
Aisyah Salsabila Binti Zahari
Abstract
Nasyid merupakan nyanyian yang berbentuk keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat untuk menyampaikan dakwah dan mengingatkan manusia khususnya kaum muslimin mengenai ajaran-ajaran dari Al-Quran dan hadith. Walaubagaimanapun, nasyid juga diklasifikasikan sebagai genre muzik dengan nada keagamaan. Sejurus itu, lirik nasyid yang diilhamkan dari unsur ketuhanan ini bermula dengan penggunaan metafora mereka tersendiri bagi menyingkap cara dalam mendekatkan hubungan kepada Allah SWT (Yanti, 2016). Namun begitu, sejauh manakah kefahaman masyarakat menerusi dakwah yang disampaikan dalam lirik nasyid kontemporari. Hal demikian, kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti persepsi pelajar FPQS USIM terhadap tahap keberkesanan industri nasyid dalam penyebaran dakwah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan pentadbiran soal selidik ke atas sampel kajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Selain itu, kajian ini juga merujuk data-data yang telah dibuat kajian lepas yang berkaitan dengan objektif kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa nasyid memainkan peranan yang penting dalam penyebaran dakwah dalam era globalisasi ini. Konklusinya, lirik nasyid bukanlah hanya untuk menghiburkan tetapi untuk mewujudkan suasana ketenangan di samping itu mendapat nilai murni. Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan dakwah dalam industri nasyid.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
PERSEPSI PELAJAR FPQS TERHADAP KEBERKESANAN DAKWAH MENERUSI LIRIK NASYID KONTEMPORARI.pdf
Size
1.11 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d6e818d185d00b8ad017f22375d5418f