Options
Maqasid Syariah dan Etika Digital: Panduan Rabbani dalam Mengurus Cabaran Kecerdasan Buatan ke arah Kesejahteraan Insan
Date Issued
2025
Author(s)
Abstract
Kertas kerja ini meneliti perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan yang membawa transformasi besar dalam kehidupan manusia dengan potensi kemajuan dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan komunikasi, namun pada masa yang sama menimbulkan cabaran etika, sosial dan spiritual yang serius. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa tanpa panduan wahyu, khususnya prinsip maqasid al-shariah, teknologi berisiko merosakkan agama, akal, jiwa, keturunan dan harta manusia. Integrasi al-Quran menjadi asas penting bagi memastikan pembangunan teknologi selaras dengan fitrah insani d an maqasid al-shariah melalui penerapan nilai kebenaran, keadilan, amanah, rahmah dan wasatiyyah agar AI berfungsi sebagai instrumen maslahat, bukan mudarat. Objektif kajian ini ialah menegaskan bahawa inovasi digital mesti dipandu oleh maqasid al-shariah supaya menjadi alat memperkukuh iman, memperluas ilmu, menjaga kesejahteraan jiwa, melindungi maruah keluarga serta memelihara harta masyarakat. Signifikan kajian ini terletak pada penyediaan kerangka etika Qur’ani yang relevan untuk pembangun teknologi, penggubal dasar dan institusi pendidikan Islam dalam mendepani era digital, berasaskan metodologi kajian kepustakaan yang meneliti dalil al-Quran, al-Sunnah serta pandangan sarjana klasik dan kontemporari. Dapatan kajian menegaskan bahawa IR4.0 dan AI hanya akan memberi manfaat sejati sekiranya ditadbir dengan nilai rabbani berteraskan wahyu, agar teknologi menjadi jalan menuju keredaan Allah SWT. Keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa maqasid al-Shari’ah mesti dijadikan panduan etika digital demi menjamin kesejahteraan insan serta kelestarian kehidupan sejagat.
File(s)
Loading...
Name
Maqasid Syariah dan Etika Digital.pdf
Size
600.12 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b05054c3194afdf71fdb3040415ebcb0