Options
Merungkai Polemik Dirayah Hadis Melalui Qawaid Syariah
Date Issued
2024
Author(s)
Yasir Ramlee
Amir Asyraf Rushihi
Abstract
Hadis nabawi merupakan sumber utama dalam Perundangan Islam setelah al-Quran al-Karim. Perbahasan berkenaan hadis adalah lebih kompleks jika dibandingkan dengan al-Quran kerana hadis memerlukan keabsahan dari segi periwayatan dan isi kandungannya yang lebih beragam disebabkan peranan Nabi Muhammad SAW yang pelbagai dalam kehidupan seharian. Nas hadis telah dibahaskan secara komprehensif dalam disiplin ilmu hadis (‘Ulum al-Hadīth) yang terbahagi kepada dua bahagian utama, ‘Ilm al-Riwāyah dan ‘Ilm al-Dirāyah. Ulasan yang dibuat terhadap sesuatu hadis tanpa penguasaan ‘Ulum al-Hadīth dan metodologi yang tepat sering kali menimbulkan perdebatan dan polemik di kalangan umat Islam. Dalam hal ini, Qawaid Syariah dapat bertindak sebagai komplementari kepada ‘Ilm al-Dirayah kerana ia membantu merungkai keadaan dan maksud sesuatu hadis. Makalah ini menghuraikan perkaitan di antara disiplin ‘Ilm al-Dirayah dengan Qawaid Syariah serta peranannya dalam menangani polemik yang berlaku disebabkan kesalahfahaman terhadap hadis. Kajian topik dibuat melalui pendekatan analisis teks terhadap beberapa hadis yang dibahaskan oleh para ulama melalui Qawaid Syariah. Hasil menunjukkan, Qawaid Syariah berperanan penting dalam mencapai keselarasan dan konsistensi pemahaman terhadap nas hadis dengan sumber perundangan lainnya.
File(s)
Loading...
Name
Merungkai Polemik Dirayah Hadis Melalui Qawaid Syariah.pdf
Size
373.32 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6070144bf313c85624b0e69e3c055d13