Publication:
Faktor Keterlibatan Perokok dalam Ketagihan Dadah: Satu Tinjauan dalam Kalangan Pelajar

dc.contributor.authorNurun Najihah Musaen_US
dc.contributor.authorAbdul Rashid Abdul Azizen_US
dc.contributor.authorAmin al Haadi Shafieen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T03:33:48Z
dc.date.available2024-05-30T03:33:48Z
dc.date.issued2024
dc.descriptionE-Proceeding Postgraduate Research Conference (PRC2023) : “Sustainable Education & Human Well-Being”/ editors: Roslee Ahmad , Khadijah Muda, Md Yousuf Ali, Ihab Ahmed Ra’uf Awais, Abdul Rashid Abdul Aziz, Ainul Mardhiah Mokhtar, Nurun Najihah Musa, Puteri Nazirah Amran, Fatin Muti’ah Mohamed Ishak Organized by: Faculty of Leadership and Managementen_US
dc.description.abstractTinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendedahkan kelaziman perokok semasa adalah 21.3% di mana dianggarkan 4.8 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas sedang merokok. Tambah membimbangkan apabila jumlah penagihan dadah juga menunjukkan trend yang semakin meningkat. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji faktor kepada seseorang perokok terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ini adalah penyelidikan kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Ia melibatkan 90 responden yang terdiri daripada 60 pelajar sekolah dan 30 pelajar institut komuniti tempatan di Kedah. Soalan tinjauan yang digunakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah diterapkan. Analisis data dilakukan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26 yang melibatkan analisis data deskriptif. Dapatan kajian mendapati 47.8% (43) daripada responden bersetuju bahawa pengaruh rakan sebaya menjadi penyebab utama kepada penyalahgunaan dadah. Sementara itu, keputusan kajian ini turut menyenaraikan beberapa faktor lain seseorang perokok itu menyalahgunakan dadah. Ini penting bagi mengenalpasti faktor-faktor yang dapat menghumban seseorang ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Dapatan daripada kajian tersebut boleh menjadi parameter dalam membantu badan-badan yang bertanggungjawab terhadap ketagihan belia dalam membentuk aktiviti bagi mengurangkan jumlah penagihan dadah dan rokok dalam kalangan remaja di Malaysia demi mencapai matlamat negara bebas dadah.en_US
dc.identifier.citationNurun Najihah Musa, Abdul Rashid Abdul Aziz, & Amin al Haadi Shafie. (2024). Faktor Keterlibatan Perokok dalam Ketagihan Dadah: Satu Tinjauan dalam Kalangan Pelajar. E-Proceeding Postgraduate Research Conference , 91–93. https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdfen_US
dc.identifier.epage93
dc.identifier.isbn978-629-7636-27-6
dc.identifier.spage91
dc.identifier.urihttps://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16333
dc.language.isootheren_US
dc.publisherFaculty of Leadership and Managementen_US
dc.relation.conferencePostgraduate Research Conference (PRC2023)en_US
dc.subjectRokok, Ketagihan dadah, Belia, Remajaen_US
dc.titleFaktor Keterlibatan Perokok dalam Ketagihan Dadah: Satu Tinjauan dalam Kalangan Pelajaren_US
dc.title.alternativeFactors Involving Smokers in Drug Addiction: A Survey among Studentsen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Faktor Keterlibatan Perokok dalam Ketagihan Dadah Satu Tinjauan dalam Kalangan Pelajar.pdf
Size:
83.37 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections