Options
Bayi Yang Dibuang: Hak Dan Kedudukan Bayi Di Sisi Undang-undang
Journal
The Malayan Law Journal
Date Issued
2013
Author(s)
Universiti Sains Islam Malaysia
Joki Perdani Sawai
Abd Halim Mohd Hussin
Abstract
Isu pembuangan bayi yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini amat membimbangkan. Ini berdasarkan kepada statistik pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mana dianggarkan bagi tempoh 2011 hingga 2012, terdapat sebanyak 187 kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia manakala 89 kes direkodkan pada tahun 2012. Artikel ini akan meneliti hak dan kedudukan anak-anak yang dibuang berdasarkan kepada undang-undang. Metodologi kajian adalah melalui analisa dokumen iaitu dengan menganalisa peruntukan-peruntukan akta yang berkaitan selain daripada merujuk data PDRM dan konvensyen perjanjian dan keratin akhbar. Hasil dapatan kajian ini diharap dapat membantu dalam pengurusan bayi yang dibuang khususnya dalam aspek undang-undang.