Options
Rasuah Pilihan Raya: Analisis Hukum Dan Fatwa Di Malaysia Dan Indonesia
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
ISSN
0127-8886
Date Issued
2024-09-30
Author(s)
Nur Aina Abdulah
Universiti Sains Islam Malaysia
Alfons Zakaria
Nur Al-Farhain Kamruzaman
Universiti Sains Islam Malaysia
Nurul Ain Hazram
Universiti Sains Islam Malaysia
Setiyawan Gunardi
Universiti Sains Islam Malaysia
Nik Nur Afiqah Nek Mustafa
Universiti Sains Islam Malaysia
DOI
10.33102/jfatwa.vol29no3.611
Abstract
Rasuah merupakan perbuatan yang dilarang dan bersalahan dengan agama, akhlak dan undang-undang. Ia boleh berlaku dalam pelbagai cara dan peringkat, termasuklah dalam pilihan raya. Impak rasuah ini amatlah besar, bukan sahaja meruntuhkan akan sebuah masyarakat, malah negara keseluruhannya. Permasalahannya adalah isu-isu rasuah yang berlegar sekitar pilihan raya masih samar-samar belum dibincangkan secara terperinci dari persepektif Syariah. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan hukum dan fatwa di Malaysia dan Indonesia berkaitan rasuah termasuk isu-isu yang berlegar ketika pilihan raya. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan dan tembual pakar. Data kemudiannya dianalisis secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa hukum asal sesuatu pemberian adalah harus dalam Syariah. Walau bagaimanapun, dalam isu pilihan raya, sekiranya pemberian itu mempunyai niat dan tujuan di sebaliknya, seperti untuk memancing undi dan mengubah kecenderungan politik, maka, hukumnya adalah haram dan perlu ditinggalkan kerana ia tergolong dalam perbuatan rasuah.
File(s)
Loading...
Name
Rasuah Pilihan Raya Analisis Hukum Dan Fatwa Di Malaysia Dan Indonesia.pdf
Size
601.93 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a75b0d2af934e06f8fc08a35ec87792a