Publication: Aktivisme Sosial Dan Pembangunan Modal Insan Menerusi Aktivisme Dakwah, Ilmu Pengetahuan, Kerohanian Dan Akhlak
Loading...
Date
2021
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Abstract
Masyarakat mempunyai peranan penting yang berupaya menjadi agen perubahan dalam sesebuah negara. Potensi aktivisme sosial dilihat sebagai aktiviti dan tindakan proaktif masyarakat yang mampu memberi kesan terhadap perubahan sosial, ekonomi, dan politik. Walau bagaimanapun, aktivisme sosial merupakan bidang dominan di barat dan sering dikupas diluar lensa agama. Melalui kaedah sorotan kajian dan konseptual, artikel ini membincangkan penglibatan masyarakat dalam aktivisme sosial menerusi perspektif modal insan. Dapatan dari perbincangan mendapati bahawa kurangnya hubungkait aktivisme sosial dalam aspek modal insan yang berteraskan perspektif Islam. Aktivisme sosial tidak terhasil hanya disebabkan oleh pilihan peribadi masyarakat semata-mata, tetapi perlu diterapkan dengan modal insan yang berteraskan aktivisme dakwah, ilmu pengetahuan, kerohanian dan akhlak.
Description
Keywords
aktivisme sosial, modal Insan, dakwah, ilmu, kerohanian, akhlak