Publication: Analisis Pengurusan Krisis Dari Perspektif Psikologi Dan Kaunseling-Satu Kajian Kes
Loading...
Date
2021-09-09
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kepemimpinan merupakan suatu kebolehan seseorang dalam mengurus tugasan atau permasalahan. Kemahiran kepemimpinan boleh diperolehi melalui pembelajaran dalam kelas, namun kadang-kadang ia diperolehi melalui pengalaman kerja. Dalam suatu kursus kepimpinan penulis telah menyampaikan ilmu dan kemahiran kepemimpinan melalui perkongsian pengalaman sekumpulan pegawai Bomba dan Penyelamat. Setiap peserta diminta mencatatkan semula pengalaman semasa menjalankan tugas menyelamat yang tidak dapat dilupakan. Antara pengalaman yang dikongsikan dalam artikel ini ialah pengalaman menurunkan jenazah seorang penduduk kampung yang tersangkut di atas sepohon kelapa di waktu malam. Klien telah memanjat pokok kelapa tersebut dan mendapati jenazah tersebut tersangkut dicelah pelepah kelapa. Ketika cuba mengangkat jenazah tersebut barulah klien menyedari bahawa jenazah tersebut sangat berat. Klien memohon bantuan rakan-rakan agar sebuah kren disediakan untuk mengangkat jenazah tersebut. Malangnya ketinggian kren tersebut tidak mampu membantu kerana pucuk kelapa tersebut lebih tinggi. Akhirnya seorang rakan anggota bomba terpaksa memanjat pokok kelapa yang sama dengan membawa tali tambahan untuk mengikat jenazah berkenaan. Tanpa menghiraukan keselamatan diri, klien bersama rakan akhirnya berjaya membawa jenazah tersebut. Sebaik sahaja jenazah berjaya dibawa turun dari pokok kelapa, sekali lagi cabaran besar menanti. Tiada seorang penduduk kampung yang sanggup menguruskan jenazah. Mereka memberikan pelbagai alasan. Klien telah melalui proses penerokaan pengalaman dengan menggunakan pendekatan psikologi kaunseling. Respon dan maklumbalas dari rakan kelompok juga dianalisis untuk membantu klien mencari punca kejadian serta mengesan nilai dan etika dari pengalaman tersebut. Akhirnya klien dibantu mengesan pengalaman negatif dan positif dari perkongsian tersebut. Pengalaman negatif telah dipulihkan melalui rawatan yang sesuai. Banyak lagi pengalaman yang dikongsikan oleh rakan-rakan anggota Bomba dan Penyelamat yang lain dibentangkan dalam kajian kali ini.
Kata kunci: Kepimpinan, Penrusuan Krisis, Pemgalaman,
Description
Papers In MALAY Language
Date: 9 September 2021
Platform: MSTeams, USIM Nilai,
Negeri Sembilan, Malaysia
Keywords
Kepimpinan,, Pengurusan Krisis,, Pengalaman,