Options
Aplikasi Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Dalam Isu Tempahan Slot Sembahyang Jumaat Pasca Covid-19
Date Issued
2021-12-30
Author(s)
Syed Muhammad Adib Termizi b Ahmad Al-Jafari
Abstract
Ilmu al-Qawaid al-Fiqhiyyah adalah antara ilmu terpenting dalam bidang syariah. Ia amat membantu para mujtahid dalam mengeluarkan hukum bagi permasalahan kontemporeri yang tidak memiliki nas yang khusus. Penularan virus Covid-19 telah mencipta norma kehidupan baru, yang mana sebahagian daripadanya memerlukan penjelasan dari sudut hukum syarak. Antara norma baru tersebut adalah kemestian menempah tempat untuk melaksanakan sembahyang Jumaat. Sebahagian masyarakat Islam enggan melakukan tempahan ini, dengan alasan mereka hendak mendahulukan saudara Muslim lain. Justeru kertas kerja ini bertujuan melihat sejauh mana keabsahan alasan tersebut di sisi syarak. Kajian kuantatif ini menggunakan metodologi analisis bagi menganalisa kaedah-kaedah fiqh yang bersangkutan dengan permasalahan kajian dan juga pendapat para ulama terhadap kaedah-kaedah tersebut. Metode perbandingan juga diguna pakai dalam menilai pendapat-pendapat ulama bagi memilih pendapat yang paling sesuai untuk diaplikasikan
sebagai hukum terhadap tempahan tempat bagi sembahyang Jumaat. Hasil kajian menunjukkan kaedah yang melarang mendahulukan saudara muslim lain dalam hal ibadah adalah lebih tepat berbanding sebaliknya.
sebagai hukum terhadap tempahan tempat bagi sembahyang Jumaat. Hasil kajian menunjukkan kaedah yang melarang mendahulukan saudara muslim lain dalam hal ibadah adalah lebih tepat berbanding sebaliknya.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Aplikasi Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Dalam Isu Tempahan Slot Sembahyang Jumaat Pasca Covid-19.pdf
Size
768.22 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):680b2a5398ef3c5c90a9db5795377a82