Options
Item Tidak Ketara dalam Pampasan Pengambilan Tanah di Malaysia: Analisis Keperluan Bayaran
Date Issued
2025
Author(s)
Abstract
Pengambilan tanah secara paksa atau pengambilan balik tanah merupakan salah satu kaedah bagi mendapatkan tanah yang sesuai untuk sesuatu pembangunan. Ketidakcukupan bayaran pampasan bagi kes-kes pengambilan balik tanah di Semenanjung Malaysia sering menjadi isu dan menjadi cabaran kepada pentadbir tanah serta pihak Mahkamah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentuan bayaran pampasan, khususnya bayaran pampasan bagi item tidak ketara sebagai salah satu item yang dituntut oleh pihak berkepentingan dalam kes-kes pengambilan balik tanah tersebut. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan pensampelan tujuan melibatkan temu bual dan sesi perbincangan kumpulan kecil (small group discussion - SGD) dan perbincangan kumpulan berfokus (focus group discussion - FGD). Kajian ini mendapati bayaran terdapat keperluan untuk menentukan bayaran bagi item tidak ketara dalam kes-kes pengambilan tanah di Semenanjung Malaysia dan dinyatakan dengan jelas dalam kerangka perundangan yang berkuat kuasa. Justeru, pertimbangan bagi pembayaran pampasan bagi kes-kes pengambilan tanah tersebut perlu merangkumi keperluan bagi item tidak ketara dan kadar bayaran hendaklah diperincikan melalui satu kajian lanjut.
File(s)
Loading...
Name
Item Tidak Ketara dalam Pampasan Pengambilan Tanah di Malaysia Analisis Keperluan Bayaran.pdf
Size
468.58 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):59249aa6e09e8322f2bdf8d6a7fd1d60