Options
Analisis Terhadap Konsep Penerimaan Dan Pengesahan E-kitabah sebagai Kaedah Pembuktian menurut Perundangan Islam Di Malaysia
Journal
LexForensica: Forensic Justice And Socio-Legal Research Journal
ISSN
3030-6485
Date Issued
2024
Author(s)
Zulfaqar Mamat
Universiti Sains Islam Malaysia
Baidar Mohammed Mohammed Hassan
Universiti Sains Islam Malaysia
Mohamad Aniq Aiman Alias
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Jika dahulunya al-kitabahatau dokumen dilihat kurang popular pada suatu ketika dahulu, namun kini, al-kitabahtelah digunakan secara meluas merangkumi semua aspek kehidupan. Ini kerana, seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, kepelbagaian bentuk al-kitabahyang baru telah muncul seperti kamera, CCTV, telefon pintar dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti di Mahkamah. Dokumen berbentuk elektronik ini dikenali sebagai 'E-Kitabah'. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperjelaskan berkaitan konsep E-Kitabahsebagai keterangan menurut perspektif fiqh dan perundangan Syariah Malaysia, menganalisis dalil pensyariatan penerimaan E-Kitabahsebagai keterangan, dan kaedah pengesahan bagi memastikan keaslian E-Kitabah. Di akhir perbincangan, penyelidik akan membincangkan mengenai isu, cabaran dan cadangan penambahbaikan terhadap penerimaan E-Kitabahdi Mahkamah Syariah Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan kepustakaan. Data-data yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan analisis kandungan dan dipersembahkan dalam bentuk subtema. Hasil kajian menunjukkan, E-Kitabahdilihat sebagai salah satu kaedah pembuktian yang popular pada masa kini di mahkamah keadilan. Walaupun bentuk keterangan tersebut boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah Syariah, namun masih tiada peruntukan khusus berkaitan prosedur penerimaan E-Kitabahdi Mahkamah Syariah Malaysia. Selain itu, pengamal undang-undang Syariah juga masih belum terbiasa dalam mengendalikan keterangan sebegini dan ada sesetengah daripadanya menolak pembuktian secara E-Kitabah. Oleh itu, penyelidik mencadangkan untuk meneliti semula peruntukan berkaitan penerimaanE-Kitabah sebagai keterangan di bawah Undang-Undang Keterangan Islam dan mengadakan latihan dan kursus bagi pengamal undang-undang Syariah untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai bukti secara elektronik.
File(s)
Loading...
Name
Analisis Terhadap Konsep Penerimaan Dan Pengesahan E-kitabahsebagai Kaedah Pembuktianmenurut Perundangan Islam Di Malaysia
Type
main article
Size
403.61 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):8d59b9baf185cf57716585f4b80b28ab