Options
Tahap Pengetahuan Pelajar kepada Hadis Maudh’u: Kajian Terhadap Pelajar Quran dan Multimedia Tahun 4
Date Issued
2024
Author(s)
Siti Nurfitrah Binti Mohd Raafe
Nur Farah Hanis Binti Mohd Yusuf
Nur Alya Athirah Binti Mohd Rosdi
Shah Rizul Izyan Zulkiply
Abstract
Hadis Maudhu' ialah sesuatu yang tidak disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada perbuatannya, perkataannya, taqrirnya, akhlaknya atau fitrahnya, secara rekaan atau palsu semata mata. Dalam penggunaan masyarakat Islam di negara kita, hadis maudhu' juga dipanggil hadis palsu. Kertas kerja ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan pelajar Quran dan Multimedia tahun 4 terhadap hadis maud h'u. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berdasarkan responden daripada pelajar Fakulti Al Quran dan Sunnah yang mengkhususkan kepada pelajar Quran dan Multimedia Tahun 4 seramai 50 orang responden. Hasil kajian ini mendapati bahawa kesedaran pelajar Quran dan Multimedia tentang pengetahuan hadis palsu kurang memuaskan kerana mereka lebih bergantung pada perkongsian melalui teknologi tanpa terlebih dahulu memeriksa kesahihannya. Oleh yang demikian, pelajar Quran dan Multimedia Tahun 4 perlu sentiasa mengambil berat tentang pengetahuan tentang hadis maudh'u yang melibatkan sensitiviti terhadap agama termasuk penyebaran hadis Maudhu' melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu, usaha untuk menyebarkan kesedaran berkenaan hadis palsu perlu diperg iatkan lagi bagi mengelakkan kekeliruan terhadap kefahaman hadis.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Tahap Pengetahuan Pelajar kepada Hadis Maudh’u Kajian Terhadap Pelajar Quran dan Multimedia Tahun 4.pdf
Size
430.37 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3f8f3efaae42638ed8475159de94e6f3