Options
Kebolehgunaan Aplikasi Myarabiy Game dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama JAIS
Journal
e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi
Date Issued
2023
Author(s)
Ghazali Zainuddin
Noor Azli Mohamed Masrop
Muhammad Sabri Sahrir
Siti Rosilawati Ramlan
DOI
10.53840/ejpi.v10i2.144
Abstract
Perkembangan pesat teknologi pada zaman ini, menjadikan peranti mudah alih seperti telefon dan tablet sebagai suatu alat yang memberikan peluang pembelajaran dan pengajaran luar biasa kepada pelajar dan guru. Wujudnya, peranti mudah alih sebagai salah satu alat dalam PdP menjadikan pendidikan yang dijalankan lebih menarik. Aplikasi mudah alih My ArabiyGameyang dibangunkan menerusi kajian ini adalah aplikasi yang dibangunkan sebagai salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh digunapakai oleh para guru bahasa Arab sekolah rendah. My Arabiy Gameini dibangunkan menggunakan sukatan kurikulum SekolahRendah Agama (SRA) JAIS menerusi platform Android. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menilai reka bentuk dan kebolehgunaan aplikasi My Arabiy Gameterhadap para pelajar di SRA. Penilaian reka bentuk dan kebolehgunaan aplikasi My Arabiy Gameinidijalankan ke atas para guru bahasa Arab SRA di daerah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan berbentuk soal selidik dengan menggunakan skala likert tujuh mata. Data kemudian dianalisis menggunakan SPSS v25 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Interpretasi nilai min yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan tahap rendah, sederhana dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian reka bentuk yang terdiri daripada elemen kandungan, elemen motivasi, elemen kebolehcapaian, elemen seronok dan elemen multimedia berada pada tahap tinggi dengan nilai min bagi kesemua elemen melebihi 5.0. Hasil kajian mendapati aplikasi My Arabiy Gamemengikut tahap penilaian para guru menunjukkan guru bersetuju bahawa permainan pendidikan yang dibangunkan ini menarik dan mudah untuk difahami serta dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dipelajari di dalam kelas.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kebolehgunaan Aplikasi Myarabiy Game dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama JAIS.pdf
Size
499.28 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):80c27aeb24be270297257d3b0168a88d