Options
Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu Berdasarkan Teknik Tawafuq (Bacaan Ketetapan): Jadual Waktu Hijrah Dan Al-Quran
Journal
AL-ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities
Date Issued
2019
Author(s)
Mohamed bin Abbas
Syahril Mohamad
Noor Hafiz Kamaruddin
Syafinas Roslan
Aisyah Mohamed
Aliff Mohd Razuki
Mohd Idwan Idris
Hairi Osman
DOI
10.33102/abqari.vol17no1.87
Abstract
Dakwah Rasulullah untuk menegakkan syariat Allah berdasarkan Al-Quran telah berhasil sampai ke Nusantara. Batu Bersurat Terenganu (BBT) adalah batu tanda yang Allah timbulkan semula di Sungai Tersat Terengganu untuk menjadi bukti bahawa telah hadirnya Islam di Tanah Melayu yang lebih awal dari Melaka. Pelbagai kajian telah dibuat ke atas BBT dalam pelbagai aspek. Walau bagaimanapun belum ada kajian yang merujuk Al-Quran untuk memahami kandungan yang ada pada BBT. Oleh itu, penulisan ini merakamkan kajian yang telah dibuat oleh Institut Tahfiz Al-Quran lil Muttaqin, iaitu meneliti semula ketepatan tarikh Batu Bersurat Terengganu menggunakan metodologi qualitatif dengan teknik Tawafuq (bacaan ketetapan) berdasarkan Al-Quran. Analisis dibuat menggunakan analisa perincian kandungan. Dapatan kajian mendapati tarikh sebenar BBT adalah 6 Rejab 702 Hijrah bertepatan dengan penemuan Tuan Haji Mohd. Khair bin Haji Mohd. Taib, seorang ulama dan ahli falak dalam kertas kerja ‘Ketetapan Tarikh Pada Batu Bersurat’ pada tahun 1981. Penemuan ini menampakkan bahawa teknik Tawafuq (bacaan ketetapan) dan jadual waktu hijrah berdasarkan Al-Quran ini mempunyai potensi yang sangat besar dalam penerokaan ilmu dan penyelidikan.
File(s)
Loading...
Name
TARIKH~1.PDF
Size
426.52 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5e744f6a417b7e8b550fdf14639424db