Options
Pendidikan Seks dari Perspektif Maqasid Syariah
Date Issued
2022
Author(s)
Sharifah Nor Syahidah Syed Mokhtar
Nur Al-Farhain Kamaruzaman
Abstract
Mutakhir ini, isu-isu berkaitan gejala sosial seperti homoseksual, sumbang mahram dan rogol melibatkan remaja sering terpampang di dada-dada akhbar. Antara sebab yang menyumbang kepada perkara ini adalah pendedahan kepada bahan visual yang tidak sesuai dengan usia mereka. Selain itu, masalah ini juga berkait rapat dengan pengetahuan dan kefahaman mereka berkaitan pendidikan seks. Dalam isu ini, sesetengah ibu bapa cuai dan tidak mengambil berat terhadap kewajipan mereka untuk mendidik anak-anak mereka berkaitan pendidikan seks. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji konsep pendidikan seks dari sudut perspektif Barat dan Islam seterusnya menganalisis pendidikan seks dari sudut pandang Maqasid Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang merangkumi analisis dokumen daripada kitab-kitab ulama’ klasik, artikel jurnal dan rujukan dokumen yang berkaitan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa pendidikan seks mempunyai kaitan
yang rapat dengan kesemua objektif yang digariskan oleh syarak iaitu memelihara agama, nyawa, keturunan/maruah, harta dan akal.
yang rapat dengan kesemua objektif yang digariskan oleh syarak iaitu memelihara agama, nyawa, keturunan/maruah, harta dan akal.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pendidikan Seks dari Perspektif Maqasid Syariah.pdf
Size
474.36 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2b91286a5accfbfb95062403860eb66e