Options
Hubungan Diplomatik Malaysia Dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam
Date Issued
2021-09-09
Abstract
Diplomasi dan hubungan strategik adalah sebahagian daripada elemen yang signifikan dalam pengurusan Hal Ehwal Islam demi membantu meningkatkan fungsi sesuatu organisasi. Malaysia melalui JAKIM berperanan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan negara-negara luar. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengupas pengalaman pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik dengan negara majoriti dan minoriti muslim melalui pertubuhan-pertubuhan Islam di peringkat antarabangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan menerusi analisis bahan sekunder, seperti artikel jurnal, buku dan kajian ilmiah bagi mendapatkan maklumat tentang diplomatik dan pengalaman JAKIM dalam melaksanakan hubungan diplomatik antarabangsa. Kajian mendapati bahawa hasil jalinan diplomasi Malaysia dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di peringkat Antarabangsa telah membuahkan banyak manfaat dari pelbagai aspek yang mencakupi aspek kesihatan, kebajikan, keadilan, keselamatan dan kesejahteraan ummah sejagat.
Kata kunci: Pengurusan, diplomasi, Hal Ehwal Islam, JAKIM
Kata kunci: Pengurusan, diplomasi, Hal Ehwal Islam, JAKIM
File(s)
Loading...
Name
14.BM. SAIS2021 - Hubungan Diplomatik Malaysia Dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam.pdf
Description
Hubungan Diplomatik Malaysia Dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam
Size
443.78 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1105ce12b3f5ba058e0a0bf042a660a8