Options
Terjemahan Makna Ayat Kawniyyat Berdasarkan Tafsir Ilmi: Satu Penilaian Semula Terhadap Ayat Al-quran Mengenai Penciptaan Tumbuhan
Journal
Jurnal Darul Quran
Date Issued
2015
Author(s)
Rossidi Usop
Ahmad Bazli Ahmad Hilmi
Selamat Amir
Abstract
Antara syarat penterjemahan makna al-Quran ialah penterjemahan tersebut dilakukan oleh
satu jawatankuasa yang terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang-bidang tertentu
seperti bahasa Arab, bahasa pengantar yang digunakan, tafsir dan bidang-bidang lain
seperti sastera, sejarah, geografi, kimia, biologi, perubatan, kejuruteraan, undang-undang
dan seumpamanya kerana al-Quran bukan membincangkan persoalan hukum semata-mata
malah terkandung di dalamnya elemen pelbagai bidang ilmu. Ayat al-Quran yang
kebiasaannya menjadi perbincangan dalam penterjemahan makna ialah ayat yang berkaitan
dengan ciptaan atau lebih dikenali dengan ayat kawniyyat. Hal ini kerana ayat kawniyyat ini
secara tidak langsung mengandungi elemen sains yang memerlukan kepakaran mereka yang
berkecimpung dalam bidang tersebut untuk mengetahui makna yang tepat agar terjemahan
yang dilakukan selari dengan fakta sains moden. Objektif kajian ini adalah untuk menilai
semula terjemahan makna ayat kawniyyat berkaitan penciptaan tumbuhan berpandukan
fakta sains moden untuk menyerasikan antara kedua-duanya. Kajian yang menggunakan
metodologi kajian perpustakaan ini dijalankan dengan menganalisis terjemahan makna ayat
tersebut menggunakan tafsir ‘ilmi atau tafsir yang berorientasikan sains untuk mengetahui
sama ada terjemahan makna ayat tersebut selari dengan fakta sains moden. Terjemahan
makna sebenar kepada ayat tersebut kemudiannya dicadangkan. Hasil kajian mendapati
terdapat penambahan nilai dalam terjemahan makna ayat 25 Surah Maryam pada makna
kalimah rutab yang diterjemahkan dengan “buah kurma/tamar” sedangkan perkataan yang
lebih tepat berdasarkan fakta sains semasa ialah “buah kurma basah”

File(s)
Loading...
Name
Terjemahan Makna Ayat Kawniyyat Berdasarkan Tafsir Ilmi; Satu Penilaian Semula Terhadap Ayat Al-quran Mengenai Penciptaan Tumbuhan.pdf
Description
Terjemahan Makna Ayat Kawniyyat Berdasarkan Tafsir Ilmi: Satu Penilaian Semula Terhadap Ayat Al-quran Mengenai Penciptaan Tumbuhan
Size
2.64 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):89a2de4326980e81ffea89cf9d65bcc8