Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Jurnal Sains Insani
  4. Implementasi Konsep Pengurusan Dakwah Satu Tinjauan Awal Di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
 
  • Details
Options

Implementasi Konsep Pengurusan Dakwah Satu Tinjauan Awal Di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2017
Author(s)
Esa, M.
Abdullah, A. A.
Deuraseh, N.
Redzuan, M.
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang implementasi pengurusan dakwah yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menguruskan gerakan dakwah secara sistematik dan berkesan kepada masyarakat. Aspek pengurusan perlu dilihat secara holistik oleh organisasi dakwah dalam mencapai matlamat dan objektif sesebuah organisasi. Apa yang telah dibincangkan oleh para intelektual Islam banyak menjurus kepada pengurusan dakwah tetapi berdasarkan apa yang kami ketahui, tiada sarjana yang pernah membincangkan secara tuntas pengurusan organisasi dakwah. Apa yang harus ada dalam organisasi dakwah? Bagaimana bentuk pengurusan organisasi dakwah? Apakah yang membezakan pengurusan organisasi dakwah dengan organisasi konvensional? Semua persoalan ini akan dijawab dalam dalam kertas ini dengan menggunakan pendekatan epistemology Islam. Pelaksanaan dakwah merupakan seruan atau ajakan ke arah penerimaan dan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Pelbagai nilai yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith termasuklah aspek pengurusan lslam. Pengurusan yang efektif dengan kepelbagaian metodologi dakwah akan menarik minat para mad'u dalam memperbaiki diri, keluarga dan juga masyarakat. Pelbagai teori yang dikemukakan oleh para pakar dalam bidang pengurusan yang dilihat sebagai satu idea untuk memperkembangkan gagasan-gagasan yang dibina dalam memperluaskan konsep pengurusan ini. Banyak ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith agar manusia melihat hakikat bahawa Allah merupakan pengurus dan pentadbir yang sebaik-baiknya. Role model yang menjadi teladan kepada umat Islam berkaitan pengurusan bermula sejak zaman Rasulullah SAW yang telah membuat perancangan dan penyusunan suatu sistem yang berteraskan fahaman keislaman. Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik ini memperluaskan lagi kegiatan dakwah Rasulullah SAW sehingga ke hari ini. Prinsip-prinsip pengurusan Islam diaplikasikan yang akhirnya bermatlamatkan untuk mencapai keredaan Allah SWT.Oleh yang demikian, pengkaji akan memfokuskan tinjauan awal berkaitan dengan pengurusan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai agen pelaksana dakwah kepada masyarakat. Keseluruhan daripada kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik analisis dokumentasi. Hasil kajian ini mendapati bahawa YADIM mempunyai strategi pengurusan tertentu dalam usaha gerakan dakwahnya melalui manhaj-mahaj yang bersesuaian dengan masyarakat masa kini.
Subjects

Implementasi

pengurusan

dakwah

YADIM

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Implementasi Konsep Pengurusan Dakwah Satu Tinjauan Awal Di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).pdf

Size

596.37 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):d0b90dfb8c0d9aec7bf0cf078005d736

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia