Options
Persepsi Pelajar Pengajian Islam Terhadap Maktabah Syamilah Online dalam Pembelajaran
Date Issued
2022
Author(s)
Zainora binti Daud
Abstract
Perbahasan berkaitan alat bantu mengajar dalam pembelajaran banyak dibincangkan oleh para akademik sama ada dari aspek amalan, penguasaan dan keberkesanan. Begitu juga dengan bidang pengajian Islam, walaupun ia bersifat turathi tetapi telah diadun dengan bahan bantu mengajar yang bersifat kontemporari sebagai alat sokongan untuk meningkatkan minat serta penguasaan para pelajar. Ini dilihat selari dengan perkembangan dan kemajuan teknologi multimedia dalam mendepani arus perdana digital di peringkat glokal. Maktabah Syamilah Online merupakan satu bentuk perpustakaan digital yang membuka satu manhaj ilmiah secara online yang sangat informatif dan mesra pengguna. Walaupun dari sudut kontra antaranya terdapat sedikit kesilapan teknikal dalam Maktabah Syamilah Online antara muka surat digital dan yang bercetak. Bahkan kesannya juga boleh membentuk attitude negatif dalam kalangan segelintir pengkaji kerana hanya terbatas dengan pencarian mudah berkaitan topik tertentu sahaja, namun dari aspek kelebihannya juga amat banyak sebagai satu platform yang mudah, menjimatkan masa, wang dan tenaga dalam pembelajaran. Lantaran itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar pengajian Islam terhadap Maktabah Syamilah Online dalam pembelajaran. Kajian ini berbentuk kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang telah diedarkan kepada 132 pelajar tahun akhir, program Pengajian Quran danSunnah, USIM. Hasil kajian mendapati bahaw tahap persepsi pelajar terhadap Maktabah Syamilah online dalam pembelajaran adalah baik. Kesimpulannya menunjukkan bahawa Maktabah Syamilah online menyediakan fasiliti yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran lebihlebih lagi dengan ribuan koleksi kitab-kitab rujukannya secara digital tanpa perlu melibatkan kos dan tenaga yang tinggi.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Persepsi Pelajar Pengajian Islam Terhadap Maktabah Syamilah Online dalam Pembelajaran.pdf
Size
348.82 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3c55f17c91dfc2bc8f4b28ea3820750b