Publication: Isu-Isu Berkaitan Hukum Pengagihan Zakat Oleh Lembaga Zakat Selangor (Lzs): Analisis Dari Perspektif Teks Fiqh Turath Jawi
Loading...
Date
2018
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai beberapa isu mengenai pengagihan zakat yang dilihat menjadi perselisihan dari sudut hukum khusus di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Permasalahan ini dikaji menurut perspektif syara' dengan tumpuan rujukan terhadap teks fiqh turath jawi kerana ia dianggap sebagai sumber rujukan yang berautoriti dalam mengeluarkan hukum yang lebih sesuai dengan konteks Nusantara. Isu yang diketengahkan terdiri daripada empat perkara. Antaranya peruntukan asnaf amil digunakan bagi pengurusan asnaf muallaf dan riqab, agihan dana zakat di luar wilayah Selangor, bayaran perubatan pesakit kritikal sebagai asnaf al-gharimin dan pembayaran zakat kepada asnaf fakir dan miskin dalam bentuk latihan dan modal. Metodologi kajian yang diaplikasikan adalah "content analysis".
Description
Keywords
Hukum pengagihan zakat, Lembaga Zakat Selangor, teks fiqh turath jawi