Publication:
Empat Sifat Mulia yang Utama dalam Kepemimpinan Berasaskan Qalb:Pelajaran daripada Iḥya’ 'Ulum al-Din oleh Imam Al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M)

dc.contributor.authorWan Mohd Fazrul Azdi Wan Razalien_US
dc.contributor.authorKhairunneezam Mohd Nooren_US
dc.contributor.authorMahazan Abdul Mutaliben_US
dc.contributor.authorMohd Rushdan Mohd Jailanien_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:47:01Z
dc.date.available2024-05-30T01:47:01Z
dc.date.issued2020-11
dc.descriptionVol. 5 No. 2 (2020): Jurnal Sains Insanien_US
dc.description.abstractPersoalan kepemimpinan di menara gading bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Kepemimpinan universiti yang baik dapat merencanakan perjalanan program pendidikan tinggi yang berdaya saing dan penghasilan siswa-siswi yang dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan negara. Pelbagai perbincangan ilmiah telah dizahirkan untuk menekankan peri pentingnya kaedah mengurus dan mentadbir sesebuah universiti dengan kaedah kepemimpinan yang mapan dan tepat. Ini bagi memastikan hala tuju universiti sentiasa selaras dengan aspirasi dan kehendak para pemegang taruhnya. Program kepemimpinan berasaskan qalb merupakan salah satu program latihan kepemimpinan akademik yang telah dikendalikan oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) sejak tahun 2016 sehinggalah ke hari ini. Dalam program latihan kepemimpinan akademik ini, modul yang digunakan mengetengahkan konsep empat sifat mulia yang utama (four cardinal virtues) iaitu: hikmah, adil, berani dan kawalan diri, yang merupakan antara kebijaksanaan klasik mengenai pembentukan sifat-sifat peribadi yang mulia. Makalah ini akan menjelaskan pandangan dan huraian daripada al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M) mengenai perkara ini melalui metode analisis teks ke atas Iḥyā’ cUlūm al-Dīn (1982) menerusi Kitāb Riyāḍah al-Nafs wa Tahdhīb al-Akhlāq wa Mucālajāt Amrāḍ al-Qalb. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam makalah ini untuk mengenal pasti perbincangan-perbincangan utama berkenaan empat sifat yang mulia ini dan bagaimana penghayatan kepada perkara ini berupaya melahirkan pemimpin yang berkaliber dan mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang cemerlang. Konsep dan amalan latihan jiwa (Riyāḍah al-Nafs) yang dianjurkan oleh al-Ghazali amat sesuai diaplikasikan dalam latihan kepemimpinan akademik universiti kerana menekankan pembentukan individu yang baik sebagai asas utama kepada pembentukan masyarakat yang bestari, berintegriti dan berbudaya tinggi.en_US
dc.identifier.citationWan Razali, W. M. F. A. ., Mohd Noor, K. ., Abdul Mutalib, M. ., & Mohd Jailani, M. R. . (2020). Empat Sifat Mulia yang Utama dalam Kepemimpinan Berasaskan Qalb:Pelajaran daripada Iḥyā’ cUlūm al-Dīn oleh Imam Al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M): Four Cardinal Virtues in Qalb-Based Leadership: Lessons from Iḥyā ’cUlūm al-Dīn by Imam Al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M). Sains Insani, 5(2), 141-156. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.213en_US
dc.identifier.doi10.33102/sainsinsani.vol5no2.213
dc.identifier.epage156
dc.identifier.issn0127-7871
dc.identifier.issue2
dc.identifier.spage141
dc.identifier.urihttps://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/213
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15315
dc.identifier.volume5
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUSIM Pressen_US
dc.relation.ispartofJurnal Sains Insanien_US
dc.subjectKepemimpinan, Qalb, empat sifat mulia, Iḥyā’ cUlūm al-Dīn, al-Ghazalien_US
dc.titleEmpat Sifat Mulia yang Utama dalam Kepemimpinan Berasaskan Qalb:Pelajaran daripada Iḥya’ 'Ulum al-Din oleh Imam Al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M)en_US
dc.title.alternativeFour Cardinal Virtues in Qalb-Based Leadership: Lessons from Iḥya ’Ulum al-Din by Imam Al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M)en_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Empat Sifat Mulia yang Utama dalam Kepemimpinan Berasaskan QalbPelajaran daripada Iḥya’ 'Ulum al-Din oleh Imam Al-Ghazali (450-505H 1058-1111M).pdf
Size:
1.68 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: