Publication: Blended Learning dalam Kursus TITAS: Kajian terhadap Penggunaan TITAS MOOCs dalam Kalangan Pelajar UMS
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan pendekatan blended learning dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyelaraskan sukatan pelajaran di samping meringankan beban pensyarah. Manakala, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) pula merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Oleh yang demikian, kursus ini merupakan kursus yang diikuti oleh sejumlah pelajar yang besar pada setiap semester yang menjadikan beban bagi pensyarah kursus tersebut bertambah. Oleh itu, bagi menyelaraskan sukatan pelajaran di samping meringankan beban pensyarah TITAS, pihak KPT telah membangunkan TITAS MOOCs yang diketuai oleh Universiti Putra Malaysia. Kertas ini akan mengkaji penggunaan modul pembelajaran TITAS MOOCs dalam kalangan pelajar UMS. Kajian mendapati penggunaan pelajar UMS terhadap modul TITAS MOOCs adalah baik dan terdapat hubungan yang tinggi antara faktor-faktor penerimaan iaitu Tanggapan ianya bermanfaat, Tanggapan ianya mudah digunakan dan Pengaruh sosial dengan penerimaan pelajar UMS iaitu Penggunaan secara sukarela. Kajian ini penting bagi menilai kerelevanan modul TITAS MOOCc serta persekitaran UMS sendiri dalam merealisasikan pendekatan blended learning dalam kursus TITAS.
Description
Keywords
Blended learning, KPT, TITAS MOOC, UMS