Publication: Konsep Dan Isu Had Kifayah, Kemiskinan Bandar Dan Jantina Dalam Pengagihan Zakat
Loading...
Date
2014
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Labuan Faculty Of International Finance, UMSKAL
Abstract
Zakat merupakan antara sumber kewangan bagi sesebuah negara Islam untuk meningkatkan ekonomi masyarakat khususnya golongan bawahan. Pengurusan kutipan dan agihan zakat yang efektif akan membangunkan kehidupan masyarakat yang unggul. Disebalik peningkatan jumlah kutipan dan agihan zakat, jumlah peningkatan di kalangan golongan fakir dan miskin terus meningkat dari tahun ke tahun. Ini disebabkan terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah pengagihan ini. Pertama, ianya tidak mengambil kira perbezaan antara kos sara hidup antara kawasan bandar dan luar bandar. Kedua, keperluan jantina ketua isi rumah yang berlainan tidak ditangani dalam pengiraan Garis Kemiskinan Zakat (Had Kifayah). Untuk menjadikan bantuan zakat memberi kesan yang signifikan kepada kualiti hidup golongan fakir dan miskin, satu tindakan yang drastik perlu dilakukan untuk memastikan kualiti hidup mereka adalah terjamin sekurang-kurangnya mendapat barang keperluan dan kecukupan. Nilai bantuan zakat perlu dinilai semula berdasarkan keperluan semasa kerana nilai bantuan yang diberi amatlah kecil berbanding dengan keperluan kehidupan semasa. Ini termasuklah mengambil kira keperluan yang berbeza dan kos sara hidup yang berbeza antara asnaf di kawasan bandar dan luar bandar serta jantina ketua isi rumah. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau kajian-kajian lepas berdasarkan dua faktor penting dalam penetapan Had Kifayah iaitu kemiskinan di antara kawasan Bandar dan luar Bandar dan jantina ketua isi rumah.
Description
Volume: 8 (page: 14–26)
Keywords
Zakat, Had Kifayah, Kemiskinan Bandar-Luar Bandar, Jantina Ketua Isi Rumah
Citation
Mohd Ali, A. F., Ibrahim, M. F., Ab Aziz, M. R., & Johari, F. (2014). KONSEP DAN ISU HAD KIFAYAH, KEMISKINAN BANDAR DAN JANTINA DALAM PENGAGIHAN ZAKAT. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 8, 14–26. https://doi.org/10.51200/ljms.v8i.3015