Publication:
Pembelajaran Norma Baharu Era Covid-19: Refleksi Pelajar Kursus Metodologi Penyelidikan USIM

dc.contributor.authorLubna Abd Rahmanen_US
dc.contributor.authorZalika Adamen_US
dc.contributor.authorSiti Rosilawati Ramlanen_US
dc.contributor.authorGhazali Zainuddinen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:46:20Z
dc.date.available2024-05-30T01:46:20Z
dc.date.issued2021-12
dc.date.submitted2021-12-22
dc.descriptionVol. 6 No. 2 (2021): Jurnal Sains Insanien_US
dc.description.abstractMasyarakat seluruh dunia menyaksikan perubahan drastik dalam kehidupan mereka sejak berlakunya penularan wabak COVID-19. Perubahan ini meliputi semua aspek kehidupan termasuklah sosial, ekonomi dan politik. Masyarakat terpaksa mengharungi norma kehidupan baharu bagi mengekang penularan pandemik ini. Bidang pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah mahu pun institusi pengajian tinggi turut terkesan dengan perubahan tersebut. Di Malaysia, para pendidik dan pelajar mula beralih daripada pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah dan bilik kuliah kepada norma baharu PdP dalam talian (online). Pelbagai platform digunakan untuk merealisasi sistem PdP seperti penggunaan Google Classroom, Telegram, Zoom, Microsoft Teams dan sebagainya agar pelajar tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut melaksanakan pembelajaran dalam talian selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya pembelajaran pelajar dapat diteruskan tanpa sebarang halangan. Kajian ini cuba melihat perubahan ini dari kaca mata pelajar Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengetahui pandangan mereka tentang pembelajaran dalam talian. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik bentuk terbuka. Responden kajian terdiri daripada pelajar Tahun 3 yang mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan (MP) pada semester satu sesi akademik 2020/2021. Hasil kajian mendapati kursus ini sukar untuk dipelajari melalui dalam talian kerana memerlukan penerangan secara terus dan terperinci daripada pensyarah. Selain itu, pelajar juga kurang selesa mengikuti pembelajaran dalam talian kerana tidak dapat bersemuka dengan pensyarah untuk bertanyakan apa jua permasalahan yang dihadapi semasa melakukan tugasan. Kajian ini diharapkan dapat memberikan input kepada pihak pensyarah dan pentadbir universiti untuk memastikan kaedah PdP yang bersesuaian kepada pelajar dan memberi manfaat yang optimal dalam pembelajaran mereka.en_US
dc.identifier.citationAbd Rahman, L., Adam, Z. ., Ramlan, S. R., & Zainuddin, G. (2021). Pembelajaran Norma Baharu Era Covid-19: Refleksi Pelajar Kursus Metodologi Penyelidikan USIM: Learning in the New Norms of the Covid-19 Era: USIM Research Methodology Course Students’ Reflections. Sains Insani, 6(2), 21-27. doi 10.33102/sainsinsani.vol6no2.276en_US
dc.identifier.doi10.33102/sainsinsani.vol6no2.276
dc.identifier.epage27
dc.identifier.issn0127-7871
dc.identifier.issue2
dc.identifier.other425-34
dc.identifier.spage21
dc.identifier.urihttps://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/276
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15282
dc.identifier.volume6
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUSIM Pressen_US
dc.relation.ispartofJurnal Sains Insanien_US
dc.subjectCOVID-19, kursus Metodologi Penyelidikan, pembelajaran dalam talian, norma baharuen_US
dc.titlePembelajaran Norma Baharu Era Covid-19: Refleksi Pelajar Kursus Metodologi Penyelidikan USIMen_US
dc.title.alternativeLearning in the New Norms of the Covid-19 Era: USIM Research Methodology Course Students’ Reflectionsen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
224. Pembelajaran Norma Baharu Era Covid-19-Refleksi Pelajar Kursus Metodologi Penyelidikan USIM.pdf
Size:
370.05 KB
Format:
Adobe Portable Document Format