Publication:
Penyusunan Ilmu Qiraat Oleh Ulama Nusantara: Kajian Kes Terhadap Tanwir Al-Sadr Bi Qira'at Al-imam Abi Amr Oleh Al-Tarmasiy

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kertas kerja ini merupakan kajian kes terhadap terhadap manuskrip Tanwir al-Sadr Qira'at al-Imam Abi Amr karangan al-Tarmasiy, seorang tokoh Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta ilmu di dunia Arab serta pemilik tiang al-Masjid al-Haram berhampiran Bab al-Safa. Al-Tarmasiy telah mewariskan ensiklopedia ilmu-ilmu Islam yang pelbagai. Di antaranya adalah ilmu serta kitab dan nukilan Qiraat. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen dengan bersumberkan maklumat dan data daripada dua naskhah salinan manuskrip asal beliau yang belum ditahkik. Hasil kajian mendapati al-Tarmasiy telah membahagikan manuskrip ini kepada Bab al-Usul dan Bab al-Farsh. Pembaharuan yang ditampilkan di dalam kitab ini ialah susunannya dimulakan dengan Bab al-Idgham dan diakhiri dengan Bab Surah al-Nas. Susunannya juga menggunakan Bahasa arab fusha yang baik serta mengikut tatacara penulisan kitab mengikut tradisi semasa di zamannya. Usaha al-Tarmasiy dalam hal ini menempatkan kitab beliau setara dengan rujukan-rujukan Qiraat yang lain.implikasi kajian ini adalah membuka jalan kepada usaha tahkik manuskrip ini bagi dimanfaatkan secara optimum oleh para muqri'.

Description

Volume : 1 Bil:1

Keywords

Qiraat Nusantara, Al-Tarmasiy, Tanwir al-Sadr bi Qira’at.

Citation