Options
Bahasa Emotif dalam Novel Al-Liss Wa Al-Kilab Karya Naguib Mahfouz
Date Issued
2022
Author(s)
Nurhasma Muhamad Saad
Wan Moharani Mohammad
Muhammad Marwan Ismail
Zulkipli Md Isa
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendeskripsikan cara Naguib Mahfouz memanfaatkan bahasa serta kesan yang ditimbulkan oleh penggunaan bahasa tersebut dalam novel al-Liss wa al-Kilab (Pencuri dan Anjing-anjing). Kajian ini menerapkan metode deskriptif kualitatif dengan menggunakan pendekatan stilistik, menggunakan data dari novel al-Liss wa al-Kilab karya Naguib Mahfouz. Hasil dari kajian ini adalah, Naguib Mahfouz memanfaatkan bahasa dengan cara menggunakan kata-kata yang mengandungi ungkapan emotif meliputi ungkapan emosi cinta, terkejut, sedih, takut, kebencian dan marah. Kesan dari penggunaan bahasa Naguib Mahfouz dalam novel al-Liss wa al- Kilab ialah pembaca dapat mengetahui makna dan pesan dari novel serta memberi ciri khas bahasa yang digunakan oleh Naguib Mahfouz. Kajian ini dapat disimpulkan bahawa pemanfaatan bahasa Naguib Mahfouz dalam novel al-Liss wa al-Kilab dengan menggunakan ungkapan emotif. Kesan yang ditimbulkan oleh penggunaan bahasa Naguib Mahfouz membuat pembaca dapat memahami isi
novel serta memberi ciri khas penggunaan bahasa yang digunakan oleh Naguib Mahfouz
novel serta memberi ciri khas penggunaan bahasa yang digunakan oleh Naguib Mahfouz
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Bahasa Emotif dalam Novel Al-Liss Wa Al-Kilab Karya Naguib Mahfouz.pdf
Size
328.29 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):956f0a2a97fde81dea0acb0b1e23f6ec