Options
Pemeribumian Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Melalui Paradigma Sejahtera
Date Issued
2022
Author(s)
Ratna Roshida Ab Razak
Nur Ayuni Mohd Isa
Muhammad Hafeez Zakaria
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk memperibumikan atau mentempatankan Agenda 2030, Matlamat Pembangunan Lestari. Agenda ini merupakan satu usaha pihak antarabangsa, khususnya dari Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu untuk memastikan pembangunan yang dilaksanakan dapat memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejas keperluan di masa hadapan. Pemeribumian merupakan salah satu usaha ke arah dekolonisasi, iaitu satu usaha pembebasan dari penjajahan atau menyahjajahkan terutama dalam aspek pemikiran atau disebut sebagai epistemologi. Walaupun Malaysia telah menyambut kemerdekaan kali ke 64, namun kelihatan masih gagal untuk melepaskan penjajahan minda ini dan menjadikan kita kekal dijajah melalui penjajahan secara pemikiran (epistemelogi. Usaha pemeribumiannya melalui paradigma sejahtera dilihat penting kerana sejahtera merupakan satu konsep hidup orang Melayu yang berasaskan kearifan tempatan yang perlu diketengahkan sebagai panduan demi menjamin kebahagian hidup yang sebenar. Makalah ini cuba untuk memeribumikan Matlamat Pembangunan Lestari ini agar sesuai dengan citarasa atau nuansa tempatan, berasaskan acuan asal kita. Hal ini penting agar kita tidak sepenuhnya mengikut acuan dari Barat yang belum pasti keberhasilan yang diperolehinya menepati atau tidak dengan konsep sejahtera. Model Sejahtera yang dibina memastikan wujudnya elemen keseimbangan dalam semua aspek, khususnya kehidupan di dunia dan akhirat. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan melibatkan data-data sekunder dari kajian kepustakaan. Data-data kualitatif yang dikumpul dianalisis secara deskriptif. Makalah ini mengetengahkan hasil kajian dengan mengaplikasi konsep sejahtera yang terdiri daripada 7 aspek penting dalam kehidupan manusia, pembangunan yang lestari dapat dicapai dan pada masa yang sama dapat mengekalkan identiti dan jati diri sebagai rakyat tempatan yang mempunyai kearifan tempatan yang tersendiri.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pemeribumian Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Melalui Paradigma Sejahtera.pdf
Size
379.08 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c6e7570209398093e298aba282e5fbb4