Options
Metodologi Tuhfatul Al-Sibyan Fi Tajwid Al-Quran Karya Syeikh Nuh Jamaluddin Al-Kelantani
Journal
Journal of Islamic, Social, Economics and Development
ISSN
0128-1755
Date Issued
2024
Author(s)
Nik Muhammad Fadlan bin Nik Mahmood
Muhammad Hana Fizi Abdullah
DOI
10.55573/JISED.096413
Abstract
Khazanah ilmu Tajwid di alam melayu masih belum diterokai secara menyeluruh. Masih banyak manuskrip ilmu Tajwid yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara, yang dianggarkan lebih daripada 90 manuskrip ilmu Tajwid. Kesinambungan daripada itu, kitab-kitab Tajwid lama yang berusia lebih 90 tahun dan masih diulang cetak sehingga ke hari ini salah satunya adalah kitab Tuhfatul Al-Sibyan Fi Tajwid Al-Quran. Kitab ini telah dikarang oleh tokoh Tajwid mashyur yang bernama Syeikh Nuh Jamaluddin al-Kelantani. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji metodologi penulisan yang menghuraikan hukum hakam ilmu Tajwid. Selain itu, ia juga melihat kepada laras Bahasa serta kandungan yang menyebabkan kitab ini masih digunakan sehingga ke hari ini. Kajian ini juga akan dilakukan menggunakan metode perpustakaan serta metode temu bual kepada tokoh yang menjadikan kitab ini sebagai bahan pengajaran dan penulisan. Hasil kajian mendapati kitab Tuhfatul Al-Sibyan Fi Tajwid Al-Quran adalah kitab yang mempunyai banyak fawaid dalam ilmu Tajwid. Sementelahan itu juga, Kitab ini masih lagi digunapakai sebagai modul pengajaran ilmu Tajwid di beberapa buah masjid di sekitar Negeri Kelantan. Laras bahasa yang digunakan oleh penulis dalam menghuraikan hukum tajwid mengikut bab dan fasal adalah menggunakan bahasa jawi lama. Gaya penulisan kitab ini, adalah penulis mendatangkan takrifan serta huraian dan juga contoh mudah bagi setiap hukum tajwid.
File(s)
Loading...
Name
Metodologi Tuhfatul Al-Sibyan Fi Tajwid Al-Quran Karya Syeikh Nuh Jamaluddin Al-Kelantani.pdf
Size
456.86 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7822c699d160a6ea30d70cb05e7e9e74