Options
Pedagogi Responsif Budaya Menerusi Cerita Rakyat Untuk Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak: Restrospektif Guru
Date Issued
2021
Author(s)
Mohd Nazri Abdul Rahman
Aishah Abdul Malek
Muhammad Asyraf Mansor
Abstract
Pengenalan: Pedagogi responsif budaya merupakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan sumber rujukan budaya setempat dalam menyampaikan
pengetahuan, kemahiran dan pembentukan tingkah laku pelajar. Cerita rakyat pula
merupakan salah satu bentuk menyampaikan mesej pengajaran tentang sesuatu idea,
konsep atau sejarah bagi membantu kefahaman kanak-kanak terhadap sesuatu fakta.
Malaysia mempunyai kepelbagaian bahasa dan budaya yang menjadikan cabaran besar
kepada guru untuk menyampaikan maklumat serta fakta kepada kanak-kanak pelbagai
bangsa khususnya yang baru memasuki alam persekolahan dan tidak menguasai bahasa
pengantara yang digunakan di dalam kelas.
Objektif : Kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek pelaksanaan pedagogi responsif
budaya menerusi cerita rakyat untuk awal literasi kanak-kanak.
Metodologi : Kajian ini dilaksanakan ke atas sekumpulan kanak-kanak yang berumur 4
hingga 6 tahun di tabika yang terletak di Tangkak, Johor. Pengumpulan data menggunakan
kaedah temubual dan ‘fokus group discussion’ sebelum dan selepas aktiviti dilaksanakan.
Dapatan : Kajian menunjukkan pedagogi responsif budaya dapat dijalankan dengan
adanya kreativiti guru dalam penyampaian cerita rakyat merupakan faktor utama yang
mempengaruhi penguasaan kemahiran literasi awal kanak-kanak berkepelbagaian budaya.
Dapatan kajian ini mencadangkan pedagogi responsif budaya menerusi cerita rakyat perlu
dilaksanakan secara kreatif oleh guru melalui penggunaan boneka, bahan maujud atau
drama dalam kalangan kanak-kanak berkepelbagaian budaya bagi meningkatkan
penguasaan kemahiran literasi awal kanak-kanak.
Kepentingan : Implikasi kajian menunjukkan bahawa pedagogi responsif budaya
memberi nilai tambah kepada pembentukan nilai, jati diri dan perwatakan diri kanakkanak.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pedagogi Responsif Budaya Menerusi Cerita Rakyat Untuk Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak_ Restrospektif Guru.pdf
Size
159.88 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):30271991461221820509fdfd433acf5e