Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Staff Publications
  3. Other Publications
  4. Faktor Penyumbang Kepada Kelakuan Tidak Berintegriti: Persepsi Pesalah Laku Jenayah Integriti Belia Di Jabatan Penjara
 
  • Details
Options

Faktor Penyumbang Kepada Kelakuan Tidak Berintegriti: Persepsi Pesalah Laku Jenayah Integriti Belia Di Jabatan Penjara

Journal
Malaysia Correctional Journal
Date Issued
2022
Author(s)
Suhaili A. Jalil 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Fuadah Johari
Hasnah Haron
Zalailah Salleh
Fatimah Mahmud
Tengku Intan Nabilah Tengku Sulaiman
Abstract
Al-Quran menjadi pedoman utama yang dirujuk oleh generasi para sahabat
Rasulullah sehingga membentuk generasi Khaira Ummah, yang bermaksud
generasi terbaik dan terpilih. Sebagai generasi muda pemacu pembangunan
negara, belia perlu memperkukuhkan nilai integriti sebagai sebahagian daripada
budaya dalam kehidupan seharian, mengikuti perilaku dan jejak langkah generasi
Khaira Ummah. Malangnya masih terdapat belia yang terjerumus dengan kes
jenayah dan tidak berintegriti. Faktor-faktor berlakunya kelakuan tidak
berintegriti dalam kalangan belia boleh dijelaskan dengan Teori Fraud Diamond
yang terdiri daripada (i) Tekanan; (ii) Peluang; (iii) Rasionalisasi; (iv)
Kemampuan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti sama ada faktor
yang dinyatakan oleh Teori Fraud Diamond boleh mempengaruhi kelakuan tidak
berintegriti dalam kalangan pesalah laku belia. Kajian dilaksanakan dengan
kaedah temu bual bersama sepuluh pesalah laku integriti belia yang berumur
antara 18 hingga 40 tahun yang menjalani hukuman di Penjara Kajang. Analisis
tematik telah dilakukan terhadap data kajian yang diperolehi. Kajian mendapati
ke empat-empat faktor Fraud Diamond menjadi pendorong kepada belia
melakukan jenayah salah laku integriti. Kajian juga menemui tiga faktor
tambahan yang mendorong belia untuk melakukan jenayah salah laku integriti
iaitu kurangnya pengetahuan mengenai SOP dalam mengendalikan kes berkaitan
etika kerja, kelemahan budaya kerja beretika dan kepimpinan yang kurang
beretika. Sebagai implikasi kajian, dengan memahami faktor penyebab kelakuan
tidak berintegriti serta faktor persekitaran organisasi seperti adanya budaya kerja
beretika, kepimpinan yang beretika serta penghayatan yang tinggi dalam
menjalankan tugas mengikut garis panduan kerja beretika, organisasi dapat
mengurangkan kelakuan tidak berintegriti di kalangan pekerja.
Subjects

perlakuan tidak berin...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Faktor Penyumbang Kepada Kelakuan Tidak Berintegriti_Persepsi Pesalah Laku Jenayah Belia Di Jabatan Penjara.pdf

Size

1 MB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):3761205b6432832ccf956d37626240d2

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia