Publication: Implikasi Ketagihan Media Sosial Terhadap Kesihatan Mental Remaja Semasa Pandemik Covid-19
dc.contributor.author | Abdul Rashid Bin Abdul Aziz | en_US |
dc.contributor.author | Mohd Faizal Bin Kasmani | en_US |
dc.contributor.author | Nor Hamizah Binti Ab Razak | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-27T14:36:10Z | |
dc.date.available | 2024-05-27T14:36:10Z | |
dc.date.issued | 2021 | |
dc.date.submitted | 2021-11-25 | |
dc.description.abstract | Wabak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) telah mengubah cara hidup kebanyakan individu. Situasi terkini juga menunjukkan peningkatan trend masalah kesihatan mental yang membawa kepada tindakan bunuh diri. Rentetan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 juga, jumlah pelayar media sosial melalui rangkaian internet dilihat semakin meningkat dan majoriti daripada mereka adalah dalam kalangan remaja. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk melihat implikasi media sosial terhadap aspek kesihatan mental remaja semasa pandemik COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan literatur sistematik. Sebanyak 62 artikel daripada 170 artikel dalam pengkalan data Scopus, Social Sciences Citation Index (SSCI) dan Science Direct dari tempoh 2015-2021 telah terpilih. Artikel pilihan kemudian dianalisis dan dikategorikan mengikut skop kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih, mengenai isu ketagihan media sosial dan kesihatan mental dalam kalangan remaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai implikasi dari penggunaan media sosial terhadap remaja. Antaranya adalah tingkah laku langsang, buli siber, pornografi, berita palsu dan hasutan serta penipuan dalam talian. Selain itu juga, penggunaan media sosial turut menyumbang kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, panik, takut, stress dan kebimbangan. Oleh itu, kajian ini dilihat amatlah signifikan terutamanya kepada ibu bapa dan juga badan-badan terlibat serta masyarakat dalam mengatur strategi-strategi terpilih bagi berhadapan dengan implikasi negatif ketagihan media. Justeru, ibu bapa perlu mengamalkan gaya keibubapaan yang sesuai, manakala badan-badan terbabit seperti para pendidik, kaunselor dan masyarakat perlu memperkembangan pengetahuan moral remaja secara berterusan selain daripada memperkasakan peranan masing-masing. | en_US |
dc.identifier.epage | 81 | |
dc.identifier.issn | 1823-884X | |
dc.identifier.issue | 8 | |
dc.identifier.spage | 66 | |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3402 | |
dc.identifier.volume | 18 | |
dc.publisher | Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM | en_US |
dc.relation.ispartof | e-BANGI Journal of Social Sciences and Humanities | en_US |
dc.subject | Ketagihan Media Sosial, Remaja, Kesihatan Mental, COVID-19 | en_US |
dc.title | Implikasi Ketagihan Media Sosial Terhadap Kesihatan Mental Remaja Semasa Pandemik Covid-19 | en_US |
dc.title.alternative | Implications of Social Media Addiction on Adolescent’s Mental Health During Covid-19 Pandemic | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |
Files
Original bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- 154. Implikasi Ketagihan Media Sosial Terhadap Kesihatan Mental Remaja Semasa Pandemik Covid-19.pdf
- Size:
- 266.14 KB
- Format:
- Adobe Portable Document Format