Publication: Pengagihan Dana Zakat Dalam Bentuk Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Miskin Di Malaysia
Loading...
Date
2019
Authors
Muhd Adnan, N. I.
Che Roselam, M. A. B.
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Pembiayaan mikro merupakan antara salah satu instrumen kewangan bagi golongan usahawan kecil dan sederhana untuk menjalankan sesebuah perusahaan. Masalah mendapatkan modal sering membelenggu golongan usahawan miskin kerana sukar mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. Di Malaysia pada ketika ini, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN Nasional merupakan antara institusi yang sering mendapat tempat dalam kalangan bumiputera untuk mendapatkan modal perniagaan. Manakala, Institusi Zakat Negeri pula menyalurkan bantuan modal perniagaan secara �one off� yang mana tidak mensyaratkan peminjam membuat pembayaran balik. Daripada perspektif usahawan Muslim, pembiayaan mikro yang ditawarkan tidak bebas daripada unsur riba, suatu yang dilarang agama manakala pemberian bantuan modal yang disediakan institusi zakat dilihat tidak produktif dan elektif. Justeru, pembiayaan mikro dengan dana zakat ini adalah cadangan alternatif untuk usahawan miskin. Penulisan ini bertujuan menganalisis kesediaan institusi-institusi zakat di Malaysia dalam mengaplikasikan pembiayaan mikro daripada dana zakat. Kajian ini menggunakan method kajian kes dengan membuat temu bual separa struktur dengan 5 orang pegawai zakat dan �seroang pegawai pembiayaan mikro dari Tekun Nasional. Kajian mendapati terdapat kecenderungan dalam mengaplikasikan pembiayaan mikro daripada dana zakat. Dengan erti kata lain, institusi-institusi zakat di Malaysia bersedia melaksanakan agihan zakat dalam bentuk pembiayaan mikro. Diharapkan kajian ini boleh dijadikan panduan untuk institusi zakat khususnya di Malaysia untuk mengamalkan pembiayaan mikro dari dana zakat.