Options
Penerokaan Terhadap Pendekatan Ibn Qayyim Al-Jauziyah Bagi Pesakit Kecelaruan Stres Pasca-Trauma Dalam Mencapai Kebahagiaan
Journal
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK)
Date Issued
2023
Author(s)
Abdul Rashid Abdul Aziz
Mohd Zamrus Mohd Ali
Husin Sungkar
DOI
10.37231/jimk.2023.24.1.767
Abstract
Dewasa kini, dapat kita lihat berlakunya peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan masalah ini. Ia termasuklah kesan pandemik COVID-19 dan situasi bencana alam yang luarbisa dan berlaku dengan lebih kerap kebelakangan ini. Situasi yang berlaku ini semestinya mengundang trauma kepada yang mengalaminya. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka pendekatan Ibn Qayyim al-Jauziyah bagi pesakit kecelaruan stres pasca-trauma dalam mencapai kebahagiaan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Data yang diperolehi telah dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Berdasarkan pendekatan Ibn Qayyim al-Jauziyah, terdapat lima kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pesakit kecelaruan stres pasca-trauma dalam mencapai kebahagiaan iaitu pembersihan hati dan jiwa, kekuatan iman dan kematangan ilmu, bersyukur ketika diberi nikmat, bersabar ketika ditimpa musibah dan memohon keampunan ketika telah terjerumus dalam dosa. Konklusinya, dapatan kajian ini dipercayai dapat menyumbang kepada peningkatan tahap kesedaran badan-badan bertanggungjawab dalam mengaplikasikan elemen-elemen kebahagian melalui pendekatan Ibn Qayyim Al-Jauziyah ini dalam membantu mengurangkan statistik masalah kesihatan mental di Malaysia
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Penerokaan Terhadap Pendekatan Ibn Qayyim Al-Jauziyah Bagi Pesakit Kecelaruan Stres Pasca-Trauma Dalam Mencapai Kebahagiaan.pdf
Size
543.65 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):40304736a3691e86f281ff0d345c1bf4