Options
Analisis Qiyas Pada Bilangan/Muqaddarāt Dan Aplikasinya Dalam Muamalat Semasa
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
ISSN
0127-8886
2232-1047
Date Issued
2026-06-09
Author(s)
Ahmad Zakirullah Mohamed Shaarani
Fidlizan Muhammad
Mohd Yahya Mohd Hussin
Mohd Asyraf Sharunudin
DOI
10.33102/jfatwa.vol31no2.715
Abstract
Qiyās ialah salah satu sumber hukum Syarak. Dalam perbahasannya, terutamanya berkaitan al-Aṣl, ulama membincangkan muqaddarāt—iaitu bilangan atau ukuran tertentu yang dijadikan asas untuk qiyās terhadap isu lain yang belum ditentukan hukumnya, berdasarkan persamaan illat antara keduanya. Dalam konteks muamalat Islam semasa, qiyās yang melibatkan muqaddarāt—sama ada yang ditetapkan secara langsung oleh Syarak atau yang terbentuk melalui ‘urf dan adat yang diterima masyarakat—telah digunakan secara meluas. Namun, penulisan khusus yang menjelaskan konsep serta garis panduan penggunaannya masih terhad. Kekurangan ini menimbulkan kebimbangan bahawa pengamalannya dalam pengeluaran hukum-hukum fiqh baru mungkin tidak sepenuhnya selari dengan ketetapan Syarak atau tidak mengikut kaedah yang sepatutnya. Objektif kajian adalah untuk menganalisis konsep dan panduan pelaksanaan qiyas pada muqaddarāt dan aplikasinya dalam kewangan Islam semasa. Kajian ini menggunakan kaedah kajian analisis dokumen sepenuhnya yang mana perbahasan ulama Fiqh dan Usul Fiqh berkaitan tajuk ini dikupas untuk mengetahui konsep berkaitan tajuk, begitu juga perbahasan ulama berkaitan aplikasi muqaddirat ini dalam penentuan produk dan perkhidmatan patuh Syariah. Juga kajian melihat bagaimanakah muqaddarāt ini boleh digunakan untuk mentakhrijkan hukum-hukum baru yang belum dibahaskan oleh ulama selagi mana ada persamaan antara isu sedia ada dan isu baru. Hasil kajian mendapati bahawa qiyas pada bilangan-bilangan seperti 1/3, 1/2, 5%, dan lain-lain boleh dilakukan selagi mana dapat diketahui ʽillahnya. Begitu juga kajian mendapati bahawa muqaddārat boleh wujud sama ada dalam bentuk taḥdīd (kadar yang tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang dari yang dituntut) atau taqrīb (boleh terlebih dan boleh berkurang sedikit dari yang dituntut). Kajian ini juga mendapati bahawa banyak isu muamalat semasa—sama ada yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan perbankan Islam, pasaran modal Islam, takaful dan sebagainya—dapat diselesaikan melalui aplikasi qiyās terhadap muqaddarāt.
File(s)
Loading...
Name
Analisis Qiyas Pada BilanganMuqaddarāt Dan Aplikasinya Dalam Muamalat Semasa.pdf
Size
927.81 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):cfc433b807ccd0a43e128f1691124833