Options
Kepentingan dan Keperluan Perancangan Harta Dalam Islam: Penilaian Menurut Perspektif Maqasid Syariah
Journal
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research
Date Issued
2015
Author(s)
Daud, M. Z.
Rosland, A.
Hasbulah, M. H.
Abstract
Perancangan harta merupakan salah satu proses pengurusan harta yang dilakukan semasa seseorang masih hidup bagi tujuan kepentingan dan kemudahan pemilik harta di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya akan menyebabkan isu dibangkitkan akan terus berpanjangan dan menjadi polemik dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya Muslim. Oleh itu, artikel ini bertujuan membincangkan kepentingan dan keperluan perancangan harta dalam Islam di samping menjelaskan kedudukan perancangan harta dalam perspektif Maqasid Syariah bese (al-Nadawi,1999,) rta nilai-nilai yang perlu ada dalam perancangan harta dalam Islam. Hasil perbincangan mendapati bahawa seseorang individu hendaklah mempunyai perancangan terhadap semua harta yang dimilikinya untuk memastikan bahawa harta tersebut dapat dinikmati secara berterusan sama ada untuk kepentingan dan kebajikan diri sendiri mahupun orang lain selain dapat memenuhi Maqasid dalam aspek mancapai matlamat pemeliharaan terhadap harta. Dalam hal ini, pelbagai aspek dan langkah yang harus diberi perhatian dalam membuat rancangan terutama dalam konteks pembahagian harta. Maka,adalah menjadi satu kewajiban untuk setiap individu untuk memahami tentang ilmu perancangan harta agar ainya benar-benar membantu seseorang itu untuk mengagihkan hartanya berlandaskan hokum syarak yang mana dapat menerima faedah dan ganjaran baik untuk kehidupan di dunia mahupun di akhirat sepertimana yang telah dijanjikan oelh Allah SWT.
File(s)
Loading...
Name
KEPENT~1.PDF
Description
Kepentingan dan Keperluan Perancangan Harta Dalam Islam: Penilaian Menurut Perspektif Maqasid Syariah
Size
13.77 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1f9dc66aebe217c412ad350ee69a86d8