Publication:
Ketokohan dan Sumbangan Sultan Abdul Hamid II Sebagai Khalifah Terakhir Dawlah Uthmaniyyah Berlandaskan Prinsip al-Quran dan al-Sunnah

dc.contributor.authorMohd Nor, M. R.en_US
dc.contributor.authorAli, N. Z. Y.en_US
dc.date.accessioned2024-05-29T08:29:56Z
dc.date.available2024-05-29T08:29:56Z
dc.date.issued2018
dc.description.abstractKetokohan dan sumbangan Sultan Abdul Hamid II sebagai khalifah terakhir Dawlah Uthmaniyyah tidak dapat disangkal lagi. Ia terbukti dengan kejayaan baginda menghadapi pelbagai cabaran ekoran daripada permasalahan yang melanda Dawlah Uthmaniyyah semenjak dari mula-mula baginda memegang tampuk pemerintahan lagi iaitu pada tahun 1876 M. Takhta pemerintahan yang diwarisi itu telah sedia ada lemah dan menuju kepada ambang kejatuhan Dawlah. Walau bagaimanapun, dengan ketokohan baginda, baginda dapat menangguhkan kejatuhan Khilafah Islamiyyah selama lebih satu pertiga abad. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Sultan Abdul Hamid II adalah antara Sultan yang paling hebat dalam sejarah khalifah Dawlah Uthamaniyyah selepas Sultan Sulaiman Al-Qanuni. Banyak sumbangan serta pembaharuan yang telah dilakukan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya termasuk dalam bidang ekonomi, pengangkutan, perhubungan, pendidikan dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga dengan sumbangan baginda yang paling besar kepada dunia Islam apabila baginda menjadi penjaga kepada bumi Palestin, di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam iaitu Masjid al-Aqsa. Berdasarkan kaedah historis, kajian ini mengkaji ketokohan dan sumbangan Sultan Abdul Hamid II sebagai khalifah terakhir Dawlah Uthmaniyyah sebelum jatuhnya sistem Khilafah pada tahun 1922 M. Ketokohan baginda terlihat dalam pelbagai aspek seperti ekonomi apabila baginda berjaya mengurangkan kadar hutang sehingga menjadi satu persepuluh sahaja daripada jumlah hutang sebelum ini. Kebijakan baginda dalam berhadapan dengan konspirasi Yahudi Zionis bagi menguasai Palestin turut memberi tekanan kepada pihak musuh itu. Meskipun dengan keadaan Dawlah Uthmaniyyah yang tidak stabil, Sultan Abdul hamid II tetap mampu meneruskan kelangsungan Khilafah di bawah pemerintahannya sehingga pada tahun 1909 M.en_US
dc.identifier.epage98
dc.identifier.issn1823-4356
dc.identifier.issue15
dc.identifier.spage91
dc.identifier.urihttp://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/121
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14903
dc.identifier.volume14
dc.languageMalay
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJournal of Ma alim Al-Qur an Wa Al-Sunnahen_US
dc.sourceOpen Journal System
dc.subjectSultan Abdul HamidIIen_US
dc.subjectDawlahUthmaniyyahen_US
dc.subjectZionisen_US
dc.subjectPalestinen_US
dc.subjectPentadbiran Islamen_US
dc.titleKetokohan dan Sumbangan Sultan Abdul Hamid II Sebagai Khalifah Terakhir Dawlah Uthmaniyyah Berlandaskan Prinsip al-Quran dan al-Sunnahen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Journal of Maalim alQurʾan wa alSunnah_Vol 14 No 15 (2018)_Ketokohan dan Sumbangan Sultan Abdul Hamid II.pdf
Size:
319.39 KB
Format:
Adobe Portable Document Format