Options
Kaedah Menghafaz Ayat Mutashabih Lafaz: Kajian Di Darul Quran, Jakim Dan Jabatan Al-Quran Dan Al-Qiraat KUIS
Date Issued
2019-10-08
Abstract
Menghafaz al-Quran mempunyai cabaran dan kesukaran yang memerlukan kepada kaedah hafazan yang berkesan dan bersistematik bagi membantu dan memudahkan proses menghafaz dan menjaganya dari lupa. Di antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh penghafaz al-Quran adalah mengingati ayat–ayat mutashabih lafaz, iaitu ayat-ayat al-Quran yang sama atau hampir sama dari sudut lafaznya. Kesukaran dalam menghafaz dan mengingati ayat-ayat mutashabih lafaz ini menuntut kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran khusus sama ada dari pihak institusi tahfiz, guru dan juga pelajar. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kaedah hafazan di kalangan pelajar tahfiz al-Quran terhadap ayat mutashabih lafaz, dengan menjadikan Darul Quran Jakim dan Jabatan al-Quran dan al-Qiraat KUIS sebagai lokasi kajian. Kajian ini dibina berdasarkan metodologi kualitatif yang menggunakan kaedah temubual separa berstruktur sebagai instumen kajian. 30 orang pelajar tahfiz institusi tersebut dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini mendapati bahawa tahap penguasaan hafazan ayat mutashabih lafaz dalam kalangan pelajar adalah lemah dan tiada bahan pembelajaran khusus bagi menangani permasalahan tersebut.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kaedah Menghafaz Ayat Mutashabih lafaz.pdf
Size
487.21 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d846addd26eed7b4db86b7df3e1e1e7b