Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Staff Publications
  3. Other Publications
  4. Cabaran Pembelajaran Online Bagi Program Pengajian Islam Di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT)
 
  • Details
Options

Cabaran Pembelajaran Online Bagi Program Pengajian Islam Di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT)

Journal
Malaysian Journal For Islamic Studies
Date Issued
2022
Author(s)
Kamal Azmi Abd.Rahman
Mustafa Kamal Amat Misra
Nurhanisah Senin
Mohd Manawi Mohd Akib
DOI
https://doi.org/10.37231/mjis.2022.6.1.195
Abstract
Perkembangan pesat teknologi multimedia telah menyaksikan kebergantungan yang tinggi masyarakat abad ke-21 kepada teknologi. Apatah lagi hidup dalam suasana kawalan pergerakan berikutan pandemik COVID-19, menyebabkan hampir semua urusan dilakukan secara online. Dalam bidang pendidikan tinggi, pengajian online telah diperkenalkan lebih awal lagi dan ianya menepati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025. Pengajian online terbukti mempunyai kelebihan terutamanya dari aspek fleksibiliti namun begitu, terdapat isu dari aspek kesediaan pelajar, pengajar dan prasarana. Manakala dalam bidang Pengajian Islam (terutamanya dalam pengajian al-Quran), kaedah tradisi yang perlu dipelihara adalah kaedah talaqqī mushāfahah yang menekankan hubungan guru dengan murid secara bersemuka. Justeru, penulisan ini menganalisis beberapa isu dan cabaran bagi perlaksanaan pengajian online bagi program Pengajian Islam di IPT. Kajian menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap kajian lepas tentang isu dan masalah dalam pengajian online dan juga kajian berkenaan dengan kaedah talaqqī mushāfahah yang sering diguna pakai dalam Pengajian Islam khususnya dalam pembelajaran al-Quran. Hasil kajian mendapati, isu dan cabaran yang dalam pengajian online bagi program Pengajian Islam adalah hampir sama dengan pengajian lain iaitu kesediaan pelajar dan pensyarah, stigma bahawa pengajaran hanya dapat dilakukan secara bersemuka, kesediaan prasarana, kesan negatif daripada teknologi serta kepentingan kesinambungan talaqqī. Manakala cadangan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan ialah menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang baik untuk pelajar dan pensyarah, persediaan pensyarah dan institusi serta pembinaan model talaqqī yang baharu sesuai dengan kaedah pembelajaran online. Oleh itu, dapatan kajian ini memberikan maklumat awal untuk menjawab persoalan bagaimana aspek tradisi pengajian Islam seperti talaqqī dapat dipelihara dalam perkembangan pengajian online dan adakah kaedah talaqqī boleh disesuaikan dengan bentuk yang baru dan diinovasi sebagai e-talaqqi.
Subjects

COVID-19, institusi p...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Cabaran Pembelajaran Online Bagi Program Pengajian Islam Di Institusi Pengajian Tinggi.pdf

Size

235.22 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):9511c880c7ea18b44cefbbc75ca8a843

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia