Options
Hubungan Teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani (TJJ) dengan Indikator Untuk Memahami Ilmu Bayan Bahasa Arab
Date Issued
2024-11-30
Author(s)
Wazzainab Ismail
Universiti Sains Islam Malaysia
Rosni Samah
Universiti Sains Islam Malaysia
Azlan Shaiful Baharum
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Al-Jaheez dan Al-Jurjaani adalah senarai pakar ilmu Balaghah bahasa Arab yang sangat besar sumbangan mereka terhadap kemajuan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Ilmu Bayan adalah salah satu cabang ilmu Balaghah bahasa Arab yang memerlukan tahap kefahaman yang mendalam dan ianya memerlukan penghayatan dan bukan sekadar hafalan. Balaghah bahasa Arab ialah ilmu yang terbahagi kepada cabang ilmu Bayan, ilmu Maa’ni dan ilmu Badi’. Ilmu Bayan adalah ilmu yang membincangkan tentang tashbih, majaz, istia’rah dan kinayah. Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar agar lebih memahami ilmu Bayan yang biasanya agak sukar dikuasai dengan baik oleh pelajar bukan Arab. Objektif kajian adalah untuk mengkaji hubungan antara teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani dengan indikator untuk memahami ilmu Bayan. Kajian kualitatif secara analisis dokumen ini akan menjelaskan tentang hubungjalin teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani dengan indikator untuk memahami ilmu Bayan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang terkait antara teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani dengan indikator untuk memahami ilmu Bayan. Ini dapat dilihat kepada rumusan teori Al-Jaheez (Perkataan + contoh = faham. Manakala teori Al-Jurjaani (perkataan + makna = faham). Indikator untuk memahami Ilmu Bayan iaitu ilmu Nahu, Saraf, Dalalah dan Kaedah Balaghah menjelaskan bahawa indikator ini sangat berkait dengan teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani yang melengkapkan proses untuk memahami ilmu Bayan iaitu dengan memahami contoh dan mempraktikkannya.
File(s)
Loading...
Name
Hubungan Teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani (TJJ) dengan Indikator Untuk Memahami Ilmu Bayan Bahasa Arab.pdf
Size
482.08 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b06ba9edd3d77d1a4900ca7db7986cce