Options
Konsep Sains Tauhidik Kajian Terhadap Peserta Kursus Sains dalam Islam di IPG Pendidikan Islam Bangi Selangor
Date Issued
2023
Author(s)
Khairi Jalalluddin
Roziah Sidek @ Mat Sidek
Faizal Mohamed
Norshariani Abdul Rahman
Abstract
Gagasan pengislaman ilmu khususnya ilmu sains telah muncul sekitar tahun 1970-an oleh tokoh sarjana Islam dalam dan luar negara. Namun gagasan ini berlegar di institut pengajian tinggi dan belum dibumikan secara tuntas diperingkat akar umbi seperti sekolah kebangsaan. Sungguhpun demikian, terdapat pelbagai usaha pengislaman ilmu telah dijalankan, antaranya ialah pendidikan sains tauhidik yang merupakan cetusan idea Khalijah Mohd Salleh di Fakulti Sains dan Teknologi di UKM. Sungguhpun konsep ini masih bersifat teoritikal dan bertujuan asalnya untuk mengislamisasi sains tabii, namun ia amat sesuai untuk diperluaskan serta diaplikasikan dalam bidang sains sosial. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan dan sikap peserta kajian yang mengambil kursus Sains dalam Islam (SDIK 3013) di IPG KPI terhadap konsep sains tauhidik. Kursus ini telah disertai oleh 25 orang peserta kajian yang terdiri daripada bidang pendidikan Islam, pengajian bahasa Melayu dan TESL. Kajian ini juga menggunakan pendekatan campuran (mix-method) dengan menjadikan set soal selidik dan protokol temu bual sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Selain itu, analisis dokumen digunakan untuk mengkaji tugasan penulisan peserta kajian berkaitan tajuk kajian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti peserta kajian ini mempunyai pengetahuan yang terhad terhadap konsep sains tauhidik, namun bersikap positif terhadapnya. Kajian ini juga dapat menambahkan pengetahuan tentang kepentingan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan khususnya di sekolah-sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Konsep Sains Tauhidik Kajian Terhadap Peserta Kursus Sains dalam Islam di IPG Pendidikan Islam Bangi Selangor.pdf
Size
444.87 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a56b791058cc98411f2ba13293e1f585