Options
Analisis Keperluan Aplikasi Tatabahasa Arab Asas Berasaskan Regulasi Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Diploma UnIPSAS
Journal
Ulum Islamiyyah
ISSN
2289-4799
Date Issued
2024-08-01
Author(s)
Muhamad Fairuz Ali
Amilrudin Ishak
DOI
10.33102/uij.vol36no02.623
Abstract
Dalam era globalisasi masa kini, penggunaan aplikasi e-pembelajaran telah menjadi salah satu alternatif yang diminati oleh pelajar untuk memahami bahasa. Pendekatan pembelajaran ini melibatkan pemanfaatan teknologi dan platform elektronik dalam proses mengajar serta pembelajaran bahasa. Bahasa Arab pun tidak terkecuali daripada perkembangan teknologi ini. Pengaruh dari zaman pembelajaran abad ke-21 dan revolusi industri 4.0 telah mengubah cara pembelajaran secara keseluruhan, termasuk dalam bidang pendidikan. Pembelajaran bahasa Arab pun telah mengalami transformasi dari pembelajaran di dalam kelas, kini pelajar juga memiliki kemungkinan untuk mempelajarinya secara mandiri melalui peranti telefon pintar. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis keperluan dan ciri-ciri aplikasi tatabahasa Arab asas berasaskan regulasi kendiri dalam kalangan pelajar diploma UnIPSAS. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual separa berstruktur melibatkan responden dalam kalangan pengajar bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi. Hasil temu bual kemudian direkodkan dan dijadikan transkripsi untuk tujuan analisis tematik. Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan persetujuan responden memberikan persetujuan untuk diwujudkan aplikasi tatabahasa Arab asas dalam kalangan pelajar UnIPSAS. Kajian ini turut mengusulkan cadangan ciri-ciri yang perlu ada dalam aplikasi telefon pintar ini.
File(s)
Loading...
Name
Analisis Keperluan Aplikasi Tatabahasa Arab Asas Berasaskan Regulasi Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Diploma UnIPSAS.pdf
Size
389.3 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):cd6159b48c7bd506eb900c373c43921d