Publication:
Perspektif Psikologi dan Retorik Al-Quran terhadap Aspek Emosi dan Kesopanan Komunikasi dalam Al-Quran

dc.contributor.authorAhmad Fazullah Mohd Zainal Abidinen_US
dc.contributor.authorWan Azura Wan Ahmaden_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:44:33Z
dc.date.available2024-05-30T01:44:33Z
dc.date.issued2021
dc.date.submitted2022-3-31
dc.description.abstractAspek emosi dan hubungannya dengan ciri-ciri komunikasi yang sejahtera merupakan perkara penting dalam interaksi manusia. Kajian berkaitan kedua-dua bidang tersebut banyak dibincangkan dalam disiplin ilmu masing-masing. Namun, fokus perbincangan makalah ini merujuk kepada hubungan emosi dengan kesopanan komunikasi khusus dalam konteks ilmu psikologi dan retorik al-Quran. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengkaji perspektif psikologi dan retorik al-Quran terhadap aspek emosi dan kesopanan komunikasi dalam al-Quran. Kajian kualitatif ini cuba menjelaskan beberapa ayat-ayat Al-Quran bertemakan emosi dan kesopanan komunikasi dengan fokus ulasan daripada sudut psikologi dan retorik al-Quran. Dapatan menunjukkan bahawa tema emosi dan kesopanan komunikasi dalam al-Quran mengandungi prinsip psikologi dan retorik al-Quran (seperti kosa kata, struktur ayat dan makna). Pertama, ayat al-Quran bertemakan emosi dan kesopanan komunikasi memaparkan keterikatan emosi yang memberi impak emosi terhadap jiwa manusia. Kedua, ayat-ayat kesopanan komunikasi mengandungi unsur retorik al-Ma’ani yang menggalakkan komunikasi harmoni dan sejahtera. Satu kerangka konsepsual komunikasi berasaskan prinsip kesopanan dan emosi dibentuk bagi menggambarkan konsep ini. Kajian ini merupakan salah satu bidang penyelidikan yang menggabungjalinkan pelbagai bidang iaitu bidang psikologi dan retorik bahasa Arab (dalam konteks al-Quran) dalam menjelaskan tema-tema kemanusiaan dalam al-Quran sebagai panduan kepada manusia sejagat.en_US
dc.identifier.citationMohd Zainal Abidin, A. F., & Wan Ahmad, W. A. . (2021). Perspektif Psikologi dan Retorik Al-Quran terhadap Aspek Emosi dan Kesopanan Komunikasi dalam Al-Quran: The Psychological and Quranic Rhetorical Perspectives toward the Emotion and Communication Politeness Aspects in the Quran. Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.294en_US
dc.identifier.doi10.33102/sainsinsani.vol6no2.294
dc.identifier.epage131
dc.identifier.issn0127-7871
dc.identifier.issue2
dc.identifier.other397-22
dc.identifier.spage123
dc.identifier.urihttps://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/294
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15181
dc.identifier.volume6
dc.language.isoenen_US
dc.publisherUSIM Pressen_US
dc.relation.ispartofJurnal Sains Insanien_US
dc.subjectPsikologi, emosi, kesopanan komunikasi, kajian retorik, al-Quranen_US
dc.titlePerspektif Psikologi dan Retorik Al-Quran terhadap Aspek Emosi dan Kesopanan Komunikasi dalam Al-Quranen_US
dc.title.alternativeThe Psychological and Quranic Rhetorical Perspectives toward the Emotion and Communication Politeness Aspects in the Quranen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Perspektif Psikologi dan Retorik Al-Quran terhadap Aspek Emosi dan Kesopanan Komunikasi dalam Al-Quran.pdf
Size:
1.44 MB
Format:
Adobe Portable Document Format