Options
Bagaimana Memotivasikan Anak Dalam Aspek Pentarbiyahan: Kupasan Uslub Targhib Dari Perspektif Al-Quran, Hadis Dan Psikologi
Date Issued
2020-11-04
Author(s)
Wan Azura bt WA
Noornajihan Ja’afar
Ahmad Fazullah MZA
Rosni Samah
Hishomudin Ahmad
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Anak dilahirkan dalam keadaan putih bersih dan corak akhlaknya adalah bergantung kepada kedua-ibubapanya. Salah satu cara pentarbiyahan Islam dalam mendidik peribadi mulia seorang anak atau kanak-kanak adalah dengan menggunakan uslub targhib atau motivasi. Kesibukan ibu bapa dalam dunia hari ini kadang-kadang menjadikan sesetengah ibu bapa lupa atau tidak berkesempatan memberikan didikan yang sempurna kepada anak, menyebabkan anak merasa kurang dihargai atau disayangi. Salah satu faktor adalah kurangnya ilmu pengetahuan ibu bapa dalam seni pentarbiyahan terhadap seorang anak. Kertas kerja ini mengupas salah satu cara pentarbiyahan Islam dalam pendidikan akhlak anak iaitu motivasi (uslub targhib). Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis teks alQuran, hadis dan teks-teks terpilih seperti jurnal dan tesis. Dapatan mendapati bahawa motivasi (uslub targhib) yang disarankan oleh al-Quran dan hadis serta motivasi dari sudut psikologi dalam pentarbiyahan anak amat penting bagi kejayaan pembentukan sebuah shakhsiyah dan peribadi yang unggul.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Bagaimana Memotivasikan Anak Dalam Aspek Pentarbiyahan.pdf
Size
183.12 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2c65ebe76e1e91f3812f78ae4bc4fd67