Options
Konsep Sulh Dalam Islam Dan Pelaksanaannya Dalam Sistem Perundangan Syariah Di Malaysia
Date Issued
2024
Author(s)
Universiti Sains Islam Malaysia
Mohamad Aniq Aiman Alias
Norma Jusof
Abstract
Pelaksanaan sulh dalam Islam memainkan peranan penting dalam menyelesaikan pertikaian secara damai tanpa perlu melalui proses perbicaraan yang panjang. Sejarah telah memperlihatkan bahawa sulh telah dilaksanakan di alam Melayu sejak sebelum merdeka lagi sehinggalah ke hari ini. Sebagai salah satu mekanisme penyelesaian konflik yang dianjurkan dalam Islam, terdapat keperluan bagi mengkaji dan menambah baik pelaksanaan sulh dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya sentiasa mencapai matlamat yang dikehendaki. Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan konsep Sulh dalam Islam, takrifan sulh dan Majlis Sulh, dalil-dalil pensyariatan sulh, beberapa contoh kes pelaksanaan Sulh dalam Islam, rukun-rukun Sulh, serta melihat pelaksanaannya di bawah sistem perundangan syariah atau di Mahkamah Syariah di negara ini. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen. Data yang diperoleh kemudiannya akan dipersembahkan dalam bentuk subtema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan sulh di bawah sistem perundangan syariah negara atau di Mahkamah Syariah pada ketika ini, walaupun hanya membabitkan penyelesaian pertikaian dalam aspek undang-undang keluarga Islam, tetap dipandu oleh tatacara dan perundangan yang sistematik. Namun demikian, masih wujud ruang bagi menambah baik dan memperluaskan skop pelaksanaannya dari semasa ke semasa.
File(s)
Loading...
Name
KONSEP SULH DALAM ISLAM DAN PELAKSANAANNYA DALAM SISTEM PERUNDANGAN SYARIAH DI MALAYSIA.pdf
Size
414.12 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b44750caa8121f112465bee9204dfa0c