Publication:
Kebolehgunaan Terjemahan Iltifāt Kata Ganti Nama Ilahi Oleh Yusoff Zaky Dalam Al-quran

Loading...
Thumbnail Image

Date

2023

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Core Studies Center, Kolej Universiti Islam Selangor

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian memfokuskan terjemahan iltifātKata Ganti Nama [KGN] Ilahi oleh Yusoff Zaky dalam al-Quran. Tinjauan literatur memperlihatkan iltifātKGN dalam al-Quran kerap diterjemahkan secara literal sekaligus menyukarkan pembaca sasaran memahami entiti sebenar KGN. Terjemahan literal ini dikesan dalam Terjemahan Tafsir Fi Zilalil Qur’an [TFZQ]. Isu terjemahan iltifātKGN semakin kompleks apabila melibatkan pertukaran KGN pola jamak dengan entiti Allah. Oleh sebab itu, penyelidikan kualitatif ini meninjau kualiti terjemahan iltifātKGN Ilahi oleh Yusoff Zaky daripada aspek kebolehgunaan dalam kalangan pembaca sasaran. Data dipilih secara bertujuan, iaitu ayat al-Quran dengan iltifātKGN Ilahi dan terjemahannya dalam TFZQ di samping penggunaan ujian kebolehgunaan yang diadaptasi bagi pemerolehan data. Analisisnya secara deskriptif memperlihatkan tahap kebolehgunaan terjemahan iltifātKGN Ilahi oleh Yusoff Zaky dalam kalangan pembaca sasaran adalah tinggi sekiranya teknik eksplisitasi diterapkan. Namun, penggunaan teknik literal semata-mata dalam penterjemahan gaya bahasa berkenaan menyebabkan rendahnya tahap kebolehgunaan terjemahan tersebut. Dapatan juga menunjukkan bahawa kewajaran mengaplikasi konsep kebolehgunaan dengan pendapat pembaca sasaran menjadi teras dalam penilaian kualiti terjemahan gaya bahasa al-Quran.

Description

The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), Volume 10 Issue 2 Page (1-18)

Keywords

Kebolehgunaan, Terjemahan, Iltifāt KGN Ilahi, Yusoff Zaky, al-Quran

Citation

Muhammad Hakim Kamal , Mohamad Hussin (2023). Kebolehgunaan Terjemahan Iltifāt Kata Ganti Nama Ilahi oleh Yusoff Zaky dalam al-Quran. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 10(2), 1-18. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/263