Publication:
Hubungan Antara Kebolehan Beradapatasi Dan Kebahagiaan Emosi Dalam Melahirkan Karamah Insaniah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Sistem Pendidikan Malaysia telah mengalami perubahan ketara dalam memenuhi kehendak globalisasi. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan pula bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang merangkumi aspek emosi seperti kebolehan guru beradaptasi terhadap tugasan dengan baik dan persekitaran tempat kerja yang kondusif. Justeru, kajian ini ingin meneroka hubungan kebolehan beradaptasi dan kebahagiaan emosi dalam melahirkan karamah insaniah. Kecemerlangan ketiga-tiga aspek ini menjadi hasrat utama dalam sistem pendidikan. Dapatan membuktikan ketiga-tiga pemboleh ubah ini mempunyai hubungan yang kuat sesama peboleh ubah dan siginifikan. Justeru, guruyang mempunyai tahap kebolehan beradaptasi dan kebahagiaan yang tinggi tentu sahaja mempengaruhi hasilnya dalam profesion keguruan, Kebahagiaan juga memberikan kesan secara positif terhadap sumbangan dalam membentuk reformasi sistem pendidikan pada masa hadapan.

Description

Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs Volume 7 No.2 Page (152-162)

Keywords

Kebolehan Beradaptasi, Kebahagiaan Emosi, Karamah Insaniah, Pendidik, Adab, Adaptability, Emotional Happiness, Soft Skills, Educators

Citation

Che Noh, M. A., Azizan, C. R. ., Zainol, M. Z. ., Rani, N. ., Mat Arif, N. S. ., Ab Karim@ A Bakar, N. A. ., Che Ahmad, A. ., Zakaria, M. Z., & Ibrahim, A. N. . (2023). Hubungan Antara Kebolehan Beradapatasi dan Kebahagiaan Emosi Dalam Melahirkan Karamah Insaniah: The Relationship Between Availability and Emotional Happiness in Creating Karamah Insaniah. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 7(2), 152-162. https://doi.org/10.33102/jqss.vol7no2.206